Pages

Advertisement

Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Pengakuan Seorang Bekas Paderi Melayu




Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Friday, December 28, 2012

Pendaftaran Rebet Telefon Pintar 3G



Senarai HP yang mendapat rebet RM200
Pic:Malaysiakini

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. 

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Jan), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya.

Sunday, July 31, 2011

32 “Rahsia” Israel Yang Patut Anda Tahu



1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

Israel sememangnye jahat dan teruk

Friday, July 1, 2011

Dark of the moon

  Transformer 3 is out now!!!


P/S: dying to see with u...

Thursday, June 30, 2011

S..A..N..T..A..U...



Assalamualaikum sume....ahaaa korang paham x tajuk kat atas ni??Santau..ni bukan nak cite pasal movie santau yg ade Zul Handy Black tu..tapi nak review episod Al-Kuliyyah..Ada satu episod yg memang tertarik menarik kau mang da Boom la..Pasal santau ni.Banyaaaakkkkkkkkkkkk pengisian yg berguna wat korang sume..termasuk la aku skali..

Negara kita ni nama je da modern..tapi bab2 santau..sihir..kemaen lagi sama NAIK gak...haishhh..wokeyhhh sbelum choww ni ada Tanda-Tanda incase terkena santau..ni pon amek dari notes yg Ustaz dalam Al-Kuliyyah  2.Baik korang check mana la tao kan..kot2 terkena. Jangan korang lak yg dok menyantau orang...OK checkout:


TANDA-TANDA KENA SANTAU..
   1) bawah mata lebam
   2) kuku berwarna kebiruan
   3) sakit sendi-sendi utama
   4) batuk berdarah
   5) batuk berlarutan (ni setaon pon x hilang2 batoknye)
   6) ada kesan lebam selepas tidur
   7) mimpi baby
   8) mimpi jatuh bangunan @ tempat tinggi
   9) mimpi dikejar haiwan yg berbisa
  10) mimpi terkena benda-benda tajam
  11) mimpi dipatuk ular (haa yg ni besenye pompuan ingat ada orang nak masuk 
        meminang..sebenarnya bukan ye)

Saturday, April 9, 2011

Malaysia Patut Buat Macam Ni????




Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera.

Cerita pasal hukum hudud mesti semua orang Islam tahu samaada secara khusus ataupun tidak.Mungkin korang semua tahu hukum hudud ni mybe dari pembacaan,dari pembelajaran,dari kengkawan,tok guru,cikgu dan sebagainya.Apa yang penting mesti korang tahu.kalo tak tahu tu rujuk sini

Hari ini NN macam biasa la rutin mingguan dihujung minggu basuh baju,kemas apa yang patut,kalo tiba hari sabtu je,bangun je pagi mesti kena setelkan kalo tak mesti malas.Apabila semua dah setel baru boley buka lappy.Buka je lappy terus ke  Kosmo Online.baca punya baca ada satu tajuk yang menarik perhatian NN iaitu Wanita Aceh pengsan disebat.Terus hati ini terdetik,baguskan kalo hukuman macam ni dikuatkuasakan di Malaysia??? Apa pendapat korang??





Wanita Aceh pengsan disebat
BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat."Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

Ok,kenapa NN kata berita ini menarik perhatian NN?? Antara sebabnya mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat atas kesalahan mengadakan hubungan sulit walaupun kedua-dua mereka telah berkahwin.Perkara ini betul-betul boleh membuatkan orang yang menyaksikan hukuman yang dijalankan ini takut ingin melakukan perbuatan yang telah dilakukan oleh si pesalah.Kalaulah negara tercinta kita ini menguatkuasakan hukuman sebegini Insyallah negara kita sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes hubungan sulit,rogol,liwat dan seangkatannya.Memang la susah hendak dilaksanakan,banyak perkara yang kena diambil kira,tapi kalau dikuatkuasakan sedikit demi sedikit InsyaAllah.......yang penting kita harus ingat ALLAH bersama kita.


P/S : Tulisan ini adalah luahan dari hatiku




Tuesday, March 29, 2011

Lagi wanita Menghina Islam Didalam Facebook



Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi meneruskan hidup ini agar kita dapat memperbanyakkan lagi amalan untuk dibawa mengadap ilahi kelak.Hari ini saya mendapat mesej dari rakan saya berkenaan terdapat manusia laknatullah menghina nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW.Balik saja dari kelas terus buka FB.Perasaan marah membuak-buak dihati ini tatkala membaca status-status yang diluahkan oleh si laknatullah yang menggelarkan dirinya Jasmine slalu hepi.






Antara komen-komen yang ditulis dalam FB laknatullah ini adalah:









Monday, March 14, 2011

Dunia Semakin Tua,Kiamat Sedang menghampiri





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dunia sekarang semakin tua...lihatlah sekeliling dunia,sana-sini berlaku pergolakan,kemusnahan,bencana alam dan sebagainya...Kemusnahann bencana alam terbaru yang direkodkan pada awal tahun 2011 adalah Gempa dengan kekuatan 9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu  sekaligus menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.



Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  1. Asap,
  2. Dajjal,
  3. Binatang,
  4. terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  5. turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  6. Yakjuj dan Makjuj,
  7. tiga kali gempa bumi, sekali di timur,sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab
  8. yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
    (H.R. Muslim)


    Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi diriwayatkan oleh Muslim itu telah berlaku.Adakah kita sedar?? Ataupun kita masih lagi lalai dengan kehendak dunia??.Dibawah saya senaraikan gempa yang berlaku di Timur,Barat dan Semenanjung Arab.

    Pertama, gempa di timur. 
    Perkara ini baru sahaja berlaku di Jepun. Tidak perlu saya ulas dengan lebih lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini. Dibawah adalah kesan kemusnahan dari ombak tsunami yg berlaku sejurus selepas gempa.


    Perbezaan permandangan satelit sebelum dan selepas gempa

    sebelum
    selepas
    sebelum
    selepas

    sebelum
    selepas
    sebelum
    selepas
    sebelum
    selepas
    sebelum
    selepas
    sebelum
    selepas
    sebelum
    selepas

    Kedua,Gempa di Barat


    Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Ital pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher. Untuk maklumat lanjut dan bukti, sila klik sini!



    Ketiga,Gempa di Semenanjung Arab

    Gempa berukuran 5.39 pada skala richter belaku di Ridyadh.Untuk matlumat lanjut klik sini





    Thursday, February 17, 2011

    Wajah-wajah bilionair Malaysia


    KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalahMalaysian Business keluaran semalam.
    Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.
    "Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
    Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.
    "Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.
    Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

    Sunday, February 13, 2011

    Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan, Yemen




    ALGIERS 12 Feb. – Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.
    Kira-kira 2,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
    Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.
    Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.
    Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.



    Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera. – Agensi

    Sunday, February 6, 2011

    Hosni Mubarak manusia terkaya didunia


    Hosni Mubarak manusia terkaya didunia
    As salam dan selamat morning..................


    Bangun ja pagi ni macam biasa la rutin NN mesti baca paper (surat kabaq)...bukan apa nak kena tau jugak perkembangan semasa dalam negara dan dunia...jangan dok jadi ayam bawah tempurung (aik suda tukar ka??? bukan katak bawah tempurung ka???)...hahaha..bedal ja la...buka ja Kosmo tup2x baca pasai Hosni Mubarak.......Tuuuuuu diaaaaa.....mak aiii kaya benaq Hosni Mubarak ni...padan la kaya 30thn memerintah....tadi dengaq radio Hotfm dia dah letak jawatan...Alhamdulillah....... berjaya jugak rakyat Mesir menjatuhkan beliau...ni kalo letak jawatan pun wet makan tak abih la sampai 10 keturunan..hahahah.......Harta mencecah RM 213 bilion...kalo ngn wet byk ni la...sebut apa nak makan cendoi pulut,ikan bakaq,secret resipi,kepsi...nak beli baju apa?? nike,adidos,guess,libas (levis),AX...nak keta apa??? lambung-gini,pakreri,ben-ly,roi-roih suma dapat aiiihhh......tak pa dunia suma tu (ayat jeles)...........nak tau lebih lanjut baca la paper kosmo ari ni ok....sambung tidoq zzzzZZzzZZZzzz......


    Friday, February 4, 2011

    Gambar Rusuhan Mesir


    Gambar Rusuhan Mesir









    Luahan Hati Helajar Malaysia Di Mesir (rewrite)




    salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

    takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?


    ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni, 



    apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke? 

    betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar. 

    aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu. 

    yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan? 

    aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet? 

    ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini. 

    sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana. 

    ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini. 

    ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku. 

    bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara. 

    kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!! 

    sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang. 

    kami tak cukup berharga, kan? 

    lagi sekali. 

    sampai bila? 

    nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

    kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

    kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa. 

    well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama. 

    sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

    kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

    kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai. 

    banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

    terima kasih kerana sudi membaca. 

    wassalam.

    Advertisement