Pages

Advertisement

Showing posts with label SUDUT:TAHUKAH ANDA. Show all posts
Showing posts with label SUDUT:TAHUKAH ANDA. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

10 Tanda Kekasih Anda Tengah Pokai Tiada Duit


10 Tanda Kekasih Anda Tengah Pokai Tiada Duit


TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.

Jum berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

1.Menghabiskan masa di rumah

Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.

“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

2.Menonton DVD sebagai hobi

Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”

3.Makan di gerai murah

Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

4.Pulang awal

Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.

Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

5.Tiada hadiah ulang tahun

Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

6.Hindari ajakan ke pusat beli-belah

Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

7.Destinasi legenda jadi pilihan

Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.

Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

8.Hanya menemani

“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

9.SMS sahaja

Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

10.Kereta rosak

Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

Saturday, December 3, 2011

Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia iaitu 40GB





Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia iaitu 40GB

Sigbritt Lothberg, 75 tahun sangat bertuah apabila mencipta rekod bukan kerana wanita tertua melayari internet tetapi memiliki sambungan internet jalur lebar terpantas di dunia iaitu 40GBps. Sambungan internet ini sangat laju sehinggakan dia boleh melihat live streming High Defination TV/Video ( Full HD Streams) dengan jelas tanpa masalah. Kerja untuk muat turun filem video berdefinasi tinggi juga hanya memerlukan dua saat sahaja.

Kalau tak silap hacker Malaysia mencatatkan kelajuan sambungan paling tinggi ialah STM64 iaitu bersamaan 10GBps menggunakan perkakasan dari Arkatel dan perantara medium fiber optik.

Jadi, kenapa Sigbritt begitu bertuah mempunyai sambungan sepantas itu?
Ini kerana anak nya Peter Löthberg merupakan pakar dalam bidang rangkaian router yang kini bekerja sebagai pegawai di syarikat Cisco

Apa yang membolehkan sambungan 40GBps itu dapat dicapai dialah teknik modulasi terbaru yang di cipta oleh Peter membolehkan data dihantar diantara dua router yang mempunyai jarak 2000 kilometer tanpa sebarang alat tambahan seperti pengulang gelombang atau sebagainya.

Medium perantara yang digunakan ialah fiber optik dan menurutnya dalam teori tiada had jarak bagi teknik ini asalkan fiber yang digunakan tepat pada tempatnya.

Dengan terbuktinya sambungan 40GBps itu, Peter telah membuktikan yang kita buleh mendapatkan sambungan internet berkelajuan tinggi di mana-mana sahaja dengan kos yang murah.

Menurutnya lagi bahagian yang paling susah dalam projeknya ini ialah memasang perisian windows ke dalam komputer emaknya.

Saturday, November 26, 2011



[Tahukah Anda] Fakta

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat

menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk
mengesahkan tiada no 8. kan ?

OK dah pegi buat keja....... 

Saturday, June 18, 2011

10 Bahan bahaya dalam ubat gigi!!!



As salam...

Tahukah anda ubat gigi yang kita guna setiap hari mempunyai 10 bahan berbahaya didalamnya.Mesti ada antara kamu yang tahu dan ada yang tak tahu.So hari ini aku nak kongsi sedikit.Ubat gigi adalah salah satu perkara yang hampir semua orang menggunakan hari ini,tetapi apa yang membuatkan campuran ini begitu istimewa? Sama ada anda berus gigi sekali setiap hari atau tiga kali sehari, kemungkinan besar anda tidak pernah mengambil masa untuk membaca  senarai bahan di belakangnya. Ada yang percaya bahawa bahan-bahan yang terkandung di dalam pakej standard ubat gigi adalah penting - lain-lain percaya bahawa air mungkin hanyai berkesan. Akhirnya, ada sebab yang baik mengapa pakej ubat gigi memberi amaran: "Jangan menelan!"

Bahan-bahan yang terdapat didalam uba gigi.

10. Formaldehyde

Formaldehid membunuh semua bakteria  kecil yang terdapat di gigi selepas makan atau tidur. Jika sejumlah besar formaldehid  sengaja ditelan, hasilnya boleh menyebabkan kematian, kerosakan buah pinggang, kerosakan hati, dan kematian.


9. Detergent

Busa, sabun, pengaktifan! Apa ubat gigi akan  rasa tanpa sabun yang memuaskan?Pengeluar menggunakan bahan pencuci biasa untuk menyenangkan hati orang ramai yang lebih suka ubat gigi berbuih. Sementara buih mungkin menyeronokkan, berhati-hati jika anda secara tidak sengaja menelan sejumlah besar bahan ini boleh menyebabkan pembakaran saluran pencernaan.

8. Seaweed

 Rumpai laut , Berita baik ialah rumpai laut tidak toksik. Malah, rumpai laut mempunyai beberapa faedah nutrisi.


7. Peppermint Oil

Minty, minty, minty! Nafas segar hanya boleh disimpan segar dengan bantuan minyak pudina! Walaupun menyegarkan apabila memberus gigi menggunakan ubat gigi,minyak pudina boleh menyebabkan denyutan perlahan, pedih hulu hati, dan gegaran otot jika ia dimakan.


6. Paraffin
 Jika anda menelan bahan ini, anda mungkin berakhir dengan sakit perut, mual, muntah dan sembelit yang teruk.

5. Glycerin Glycol
Tidak pernah mendengar tentang bahan ini sebelum ini? Pasti tentang itu? Glikolgliserin ditambah kepada ubat gigi untuk mencegah paste daripada menjadi terlalu kering - ia juga terdapat dalam bahan antibeku. Walaupun gliserin tidak toksik, bahan tambahan ini boleh menyebabkan loya jika ditelan.

4. Chalk


Kapur. Terima kasih kepada fakta bahawa kapur dibuat dari exoskeletons, ia cukup keras untuk menghapuskan semua kotoran pada gigi putih mutiara anda. Habuk kapur boleh menyebabkan masalah paru-paru jika disedut melalui ubat gigi, dan menelan sedikit kapur boleh menyebabkan pendarahan.

3. Titanium Dioxide
Ini adalah satu lagi ramuan ubat gigi biasa, walaupun ia biasanya ditemui di cat putih.Apabila ditambah kepada ubat gigi, titanium dioksida mempunyai kesan selamat pada gigi kerana ia di dinding - ia memastikan gigi anda putih (selama beberapa jam, sekurang-kurangnya!). Meminum titanium dioksida tidak akan menyakiti anda,tetapi ia tidak digalakkan.


2. Saccharin
Saccharin adalah bahan yang manis,tetapi tidak terlalu manis.Bahan ini yang akan membuatkan anda suka pada rasa manis ubat gigi anda.

1. Menthol
Satu bahan terakhir untuk menambah rasa mint kepada nafas anda. Tanpa mentol, ubat gigi mungkin rasa  kapur, gliserin, parafin, detergen, titanium dioksida,dan rumpai laut! Teruskan dan menelan mentol jika anda suka, tetapi menghidu  teh mengandungi menthol adalah idea yang jauh lebih baik berbanding getah pada  ubat gigi anda.

Advertisement