Pages

Advertisement

Saturday, July 21, 2012

Makanan bagus untuk anda ketika berpuasa



Bulan puasa semakin hampir, pasti apa yang anda fikirkan sekarang adalah makanan yang sedap dan menu yang dimahukan ketika berbuka puasa kelak. Namun adakah anda titikberatkan menu ketika bersahur dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.

Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak. 

Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa! 

Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman. 

Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari. 

Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur. 

Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Berpuasa tapi bersugilah






Kebersihan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Ini khususnya apabila kita beribadah kepada Allah.  Juga apabila kita bertemu manusia lain. Islam memerintahkan kita menjaga hubungan baik dengan Allah, demikian juga kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Kebersihan, wangian dan penampilan yang baik sesuatu yang menunjukkan penghormatan dan penghargaan kita kepada pihak yang ingin kita bertemu dengannya. Ini adalah tabiat manusia. Justeru itu, semasa soat kita diwajibkan menjaga kebersihan dan menutup aurat, juga disunatkan berwangian. Demikian ketika berjumpa dengan manusia. Pakaian yang sesuai dan memakai wangian adalah sunnah dalam bermasyarakat. Mereka yang mempunyai bau busuk dilarang datang ke tempat perhimpunan awam khususnya solat berjemaah. Sebab itu tidak dibenarkan sesiapa yang memakan bawang putih ataupun makanan yang lain yang mengeluarkan bau busuk dari pemakannya menghadiri solat berjemaah. Ini kerana Islam ingin mengelakkan kita menyakitkan orang lain dan menimbulkan kebencian sesame manusia.

                                                    Galakan Gosok Gigi

Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda: “Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality  agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan. 

            
                                                Bukan Hujah

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini  ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).
  
Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut: “Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
  
Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!

Sumber : Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
There was an error in this gadget

Advertisement