Pages

Advertisement

Friday, April 29, 2011

[SHOWDOWN 2011] VOTE 4 EGS MONSTERS!!!!




Hai semua..

Hari ini NN nak bat entry pasal Showdown(SD) 2011.Apa itu showdown?? Dulu NN ini tak tahu pun pasal showdown ni.Sejak dua menjak ni la baru tau yang showdown ni.Showdown ini sebuah program realiti untuk mencari bakat-bakat penari jalananan (Street Dancer) dari seluruh pelusok Malaysia.Kan sekarang ini tengah top pasal showdown mekdown ni.hehe.Apa ni merapu plak aku.Ok sebab NN minat tengok showdown??..hendak kata NN ni pandai menari jauh panggang dari api la.nak menari poco-poco pun tak tau.So NN ni setakat tengok je la.Ok berbalik kepada kenapa NN suka tengok SD ini sebab kagum dengan bakat-bakat anak-anak muda ini.Macam-macam skil depa boley buat(tu dia....kuaq dah loghat kedah)..lompat sana,lompat sini,pusing sana pusing sini,yang menariknya siap boley ikut rentak lagu lagi tu.tu yang buat syok NN tengok tu.Tik tok tik tok sekarang ini dah masuk episod 4 dah showdown 2011 ini.Episod 1~4 menceritakan mengenai liku-liku semasa audition untuk memilih 12 penari jalanan terbaik dan layak memasuki LIVE SHOW KAT KL pada 6 April 2011 siaran langsung kat 8TV pun ada .So sama-samalah kita menengoknyer ye nanti.So dah 4 episod dok tengok showdown ini NN dengan ini memilih EGS MONSTER CREW yang berasal dari Muar,Johor.Vote 4 them ok... So kalau nak borak dengan diorang like je page EGS MONSTER kat FB


Last performance EGS MONSTER sebelum terpilih menjadi top 12


Last performance EGS MONSTER sebelum terpilih menjadi top 12


Last performance EGS MONSTER sebelum terpilih menjadi top 12


Last performance EGS MONSTER sebelum terpilih menjadi top 12



                                   
                                                                      Sory sound tak memuaskan

Cara nak Vote diorang nanti....

Wednesday, April 27, 2011

Doa-doa untuk Pelajar




1. surah al-fatihah- doa pembuka segala urusan (nasihat dari ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)
2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) – Anak kunci segala ilmu
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati. Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah. (Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)
5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
6. SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati “Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”
(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
8. 8. DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
9. DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
Allahummaftah ‘alaya futuuhal ‘arifiin. Wa faqqihni fiiddiin.
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”
10. 10. DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”
11. DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”
12. DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”
14. WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
15.Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
Ya Haadi, ihdinii.
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.
17. WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
18. WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.

Doa2 ini diambil dari: http://annaalthafunnisa.blogspot.com/2008/03/himpunan-doa-doa-pelajar.html Terima kasih kepada penulis blog sebenar, semoga mendapat rahmat dari Allah.

Thursday, April 21, 2011

Berkenalan Dalam FB,Kad Kahwin Pun Macam FB (Kad Kawin Zed Zaidi)

                     
                             Kad kahwin yang dihasilkan seperti laman sosial Facebook lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya.


KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini. Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.


Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul. “Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya. Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.
“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya. Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.



Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya. “Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3. Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya. Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut. “Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan. Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti. 



Tuesday, April 19, 2011

Kisah Nabi Muhammad s.a.w dengan pengemis buta





Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. 
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a.

Wednesday, April 13, 2011

Romantiknya Rasulullah SAW




Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. 

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: 
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka"
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. 

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga. 

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." 

Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Resume "terbaik" dalam sejarah MAS

 * Resume ini memang betul diterima oleh MAS.

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)

!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

aku-sempoi.com/2009/04/resume-terbaik-dalam-sejarah-mas.html 

Saturday, April 9, 2011

Malaysia Patut Buat Macam Ni????




Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera.

Cerita pasal hukum hudud mesti semua orang Islam tahu samaada secara khusus ataupun tidak.Mungkin korang semua tahu hukum hudud ni mybe dari pembacaan,dari pembelajaran,dari kengkawan,tok guru,cikgu dan sebagainya.Apa yang penting mesti korang tahu.kalo tak tahu tu rujuk sini

Hari ini NN macam biasa la rutin mingguan dihujung minggu basuh baju,kemas apa yang patut,kalo tiba hari sabtu je,bangun je pagi mesti kena setelkan kalo tak mesti malas.Apabila semua dah setel baru boley buka lappy.Buka je lappy terus ke  Kosmo Online.baca punya baca ada satu tajuk yang menarik perhatian NN iaitu Wanita Aceh pengsan disebat.Terus hati ini terdetik,baguskan kalo hukuman macam ni dikuatkuasakan di Malaysia??? Apa pendapat korang??





Wanita Aceh pengsan disebat
BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat."Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

Ok,kenapa NN kata berita ini menarik perhatian NN?? Antara sebabnya mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat atas kesalahan mengadakan hubungan sulit walaupun kedua-dua mereka telah berkahwin.Perkara ini betul-betul boleh membuatkan orang yang menyaksikan hukuman yang dijalankan ini takut ingin melakukan perbuatan yang telah dilakukan oleh si pesalah.Kalaulah negara tercinta kita ini menguatkuasakan hukuman sebegini Insyallah negara kita sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes hubungan sulit,rogol,liwat dan seangkatannya.Memang la susah hendak dilaksanakan,banyak perkara yang kena diambil kira,tapi kalau dikuatkuasakan sedikit demi sedikit InsyaAllah.......yang penting kita harus ingat ALLAH bersama kita.


P/S : Tulisan ini adalah luahan dari hatiku




Friday, April 1, 2011

Kisah Hidupku 4 (Pencarian awek's alam maya)




Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..

Dah lama rasanya tak tulis entri tentang Kisah Hidupku.Setelah 3 bulan aku bergiat aktif dalam arena berblogging ini telah banyak imu yang aku timba sana sini,sama ada menerusi blogwalking,baca artikal tentang blog dan macam2x lagi.Betol cakap otai-otai blogger,berbelog ni kena ada minat,baru la seronok bila berblog ni.

Sebenarnya entri kali ini NoNickname(NN) nak cerita tentang pengalaman hidup sepanjang 2_ tahun hidup didunia ini.Kisahnya bermula disini,korang masih ingat lagi tak MIRC?? ala chat room..NN mula kenal dengan MIRC sekitar tahun 2002,masa tu masih kat sekolah menengah.Dulu NN ini buta IT,nak pegang or sentuh komputer pun takut,dedor rasa hati ini.bukan apa takut rosak al maklum la orang kampung,lain la korang yang stay kat town mesti la korang pandai bab-bab kompiter ni.

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan NN kepada MIRC ini adalah rakan baik NN.Dia la yang 
banyak membantu NN pasal hal-hal kompiter ini.First time NN jejakkan kaki  kat Cyber cafe tengok budak-budak sekolah ramai gilerr....time tu dok tengah top men game rally Daytona seronok jugak tengok diorang main,tetapi NN dengan membe NN ini tak layan sebab kami ada misi tertentu iaitu Pencarian awek's alam maya.hahahaha (leeetttsss.......)

Ok,disebabkan NN ini tak tau apa benda pun,maka membe NN la yang setelkan,bermula dari macam mana nak daftar nickname,nak cari room,nak chat dan apa saja yang berkaitan dengan Mirc ini...Setelah selesai semua hal-hal tadi,maka bermulalah misi Pencarian Awek's alam maya....jeng jeng jeng.......So,untuk mencari awek-awek,mesti la target nama-nama perempuan yang ada kat tepi chat box itu la pesan membe NN.

Dengan ketajaman mata burung helang,kami berdua apa lagi terus mencari nama-nama pompuan yang difikirkan "cun" meletopsss,tangkap leleh...hahahaha...setelah penat mencari akhirnya dapat sorang awek.kami pun chat la,chat punya chat.... ada la dalam 2 jam kot.tak sedor...sebelum mengakhiri chatting kami,kami pun bertukar la no tepon umah dengan awek's tu (time tu tak da henset lagi).

No telefon rumah dah dapat,apa lagi koling-koling la dengan awek tu.....Kali pertama kol awek tu...mak ai....hati berbunga-bunga....mau taknya,suaranya.......merdu bak siti nurhaliza,lembut bak suara fasha sandha....terus terpaut hati....bak kat orang kedah "chayaq oiiii" hahahaha...jiwang karat...Tika itu kurasa dunia ini ana yang punya....mulai dari malam tu,terus tiap-tiap malam kol dia.dah terpaut katakan...tapi suara ja baru dengar,muka tak tengok lagi.....

Genap  2 bulan NN dengan awek tu ber'cintan" dalam telefon,maka kami pun decide la nak jumpa.....hari yang ditunggu-tunggu telah tiba,maka NN dan awek's tu pun berjumpa....Alhamdulilah apa yang dihajati termakbul....suara awek's tu bukan indah kabar dari rupa.....memang cun pun....  :)....so kami pun decleare la jadi couple...hehehe (cinta monyet)....Lama jugak la kami couple....tapi jodoh tak menyebelahi kami..masa habis Form 5 dia berpindah ke perdalaman sarawak mengikut parent dia..kami pun terputus  hubungan...So sekarang tak tau la dia ada kat mana... 






There was an error in this gadget

Advertisement