Pages

Advertisement

Showing posts with label Kepelikkan Dunia. Show all posts
Showing posts with label Kepelikkan Dunia. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

10 Haiwan Yang Paling Sukar Ditemui Di Dunia



1.Solendon



Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi.Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia

2.Kakapo



Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg


3.Olm

Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil.Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam

4.Kelawar Bumblebee

Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang membezakannya dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung khinzir

5.Ichthyophis Kohtaoensis


Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang ditemui di Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular dengan ekor runcing.Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut kuning. Salah satu ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua otot yang mengawal rahang.

6.Frilled Shark


Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap bahawa haiwan ini sudah mati bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar, kerana beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan bangkai makhluk ini.
Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Haiwan ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang. Ikan ini tergolong didalam kumpulan ikan yang menggerunkan sebelum ini dalam entry, klik sini

7.Monito Del Monte

Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk “monyet kecil”. Tapi nama ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina.
Spesies mamalia ini dianggap pupus lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini di era modern.
Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar, telinga runcing dan ekor panjang. Ciri – ciri yang membezakan haiwan ini adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.

8.Kijang Addax



Jenis Kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat panjang dan melengkung

9.Dugong

Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee.
Dugong dapat ditemui di perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala.
Ekor haiwan ini mirip dengan ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki mulut yang terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di dasar laut.

10.Saola

Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling jarang ditemui di Bumi. Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini membesar dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan kambing.
Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya

Sunday, February 27, 2011

Lelaki 39 isteri

RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.


ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.




LUAS... ruang dalam kediaman empat tingkat keluarga Chana, ‘Chhuanthar Run’ (rumah generasi baru).




BESAR... kediaman Chana di kawasan berbukit Desa Baktwang mempunyai 100 bilik.

BANYAK... isteri Chana menunjukkan sejumlah besar bahan mentah diperlukan untuk masakan hidangan makan malam keluarga itu.

“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah.

Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.

Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh — dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan

Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.

Chana yang dipanggil ‘Ka pa’ atau bapa oleh keluarganya mengahwini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Fahaman yang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaran yang berat buat bapa.

“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.

“Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin,” katanya.

Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.

Buat masa ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.

http://www.hmetro.com.my/articles/Keluargaterbesar/Article/artikelMA

Saturday, February 19, 2011

4 Tahun Pisau Terbenam Dalam Tengkorak!





Li Fu (37) seorang lelaki dari Provinsi Yunan di China mengadu pening kepala kepada doktornya. Apabila pemeriksaan dilakukan, doktor terkejut apabila menemui sebilah pisau sepanjang 4 inci terbenam didalam kepala Li Fu! LE FFFFFFFFU???

Pada tahun 2006, Li Fu dirompak dirumahnya dan dipukul. Walaupun mendapat pemerikasaan doktor selepas itu, pisau yang terbenam didalam kepalanya gagal dikesan doktor yang merawatnya.






Wednesday, February 9, 2011

Berita mana pilihan anda !!!!


Surat kabar online pagi ni (09/02/2011).Pening yang mana satu ni hendak percaya aku pun tak paham...mybe...lain syarikat lain cerita.Sama-sama layan berita kat bawah ini....terpulang nak percaya yang mana.Aku rasa ini semua diorang punya style kot nak lariskan jualan surat kabar diorang.


Klik sini >Ibu humban anak!!!

Klik sini > Anak tercampak dari dukungan ibu

Friday, February 4, 2011

Bunuh Diri Ketika Berwebcam



Bunuh Diri Ketika Berwebcam





Polis di Shropshire sedang menyiasat kematian seorang lelaki yang  membunuh diri ketika berchatting dengan rakan-rakan online melalui webcam.


Kevin Whitrick, mengejut pengguna chat ketika ia muncul untuk menggantung diri di siling rumahnya pada malam Rabu lepas.Mr Whitrick dilaporkan meninggal di tempat kejadian.



kredit to uncoverreality

Tuesday, January 4, 2011

Hackers Hot cun melecun

   Gambar berikut ialah Kristina Svechinskaya,seorang pelajr di universiti di NY.Beliau adalah slah seorang hackers-yg terdiri dari kumpulan pelajar yg terlibat dgn beliau-di universiti tersebut yang di tahan di USA kerana disyaki melesapkan 3m dollar dri bank di Amerika dan 9.5m dari bank British.Beliau juga telah digelar sbg Anna Chapman kedua-seorang spy Rusia.


  ......................... Adoyai cun ooo......................


Advertisement