Pages

Advertisement

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

25 Tip Kuruskan Badan


1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

1.
Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2.
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

3.
Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

4.
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

5.
Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.

6.
Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

7.
Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

8.
Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

9.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

10.
Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

11.
Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

12.
Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)

13.
Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

14.
Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

15.
Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

16.
Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

17.
Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

18.
Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

19.
Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

20.
Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

21.
Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

22.
Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

23.
Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

24.
Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

25.
Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

26.
Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.

Friday, February 25, 2011

Tip Untuk Menguatkan Daya Ingatan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hai semua,sehat ke tak? Diharap hangpa/korang semua sehat-sehat hendaknya belaka...Sudah makan belum,Sudah mandi belum,sudah solat belum (Sembahyanglah Anda Sebelum Anda Disembahyangkan),aku harap hangpa dah setelkan semua yang aku tanya kat atas nu....Minggu ini sibuk lagi,banyak asement (Numerical Method,RF Design,Electronics Intrument,Technoprunuer fuhhh semua nak kena submit dalam masa terdekat ini,tak macam minggu lepas asyik sibuk mengadap EMT(Electromagnetic) je.

Untuk tajuk entri minggu ini adalah "Tip Untuk Menguatkan Daya Ingatan"...Sebab apa aku pilih tajuk ini,al- maklum la..aku kan student so...tips-tips macam ini memang sangat-sangat berguna dan berpekdah kepada aku,mybe untuk hangpa pun ada guna...kan2x??...So kat bawah ini aku dah statekan "Tip Untuk Menguatkan Daya Ingatan,sebab-sebab penyakit lupa" .Mari sama-sama kita amalkan

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Penyakit Lupa

Antara penyebabnya adalah: -

  1. Makan kepala ikan
  2. Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan   atas nasihat doktor utk   keperluan kesihatan.
  3. Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis    kimia yg menyebabkan daya   ingatan menjadi lemah.
  4. Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
  5. Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
  6. Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
  7. Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg   kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan   berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.



Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma 
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

From: Muslimah21 (2003-2007)

Wednesday, January 26, 2011

Tip Menjaga Kulit Wajah


Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.
1. Pelembab
a. Kulit Normal
Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.
b. Kulit Kering
Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.
c. Kulit Berminyak
Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

2. Tip untuk Solekan Natural & Segar
a. Persediaan Kulit Wajah
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Ikuti penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malahh ia tidak sesuai untuk kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.
b. Cerahkan Wajah
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukan berkilat kerana berminyak. Untuk kesan begini, sapukan ‘highlighter’di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.
c. Periksa Cela Wajah
Çoncealer’ berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.
d. Pilih Bedak yang Tepat
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘tranlucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. sapukan secara merata, lebih2 lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.
e. Bermain warna
Tampil dengan makep tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah.
Untuk mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang ‘glossy’

9 Tips Menghilangkan Jerawat



1. Mencuci wajah 2 kali sehari
Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan karena malah akan meningkatkan produksi minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut.
2. Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda..jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.
3. sebisa mungkin hindari kosmetik yang berminyak.
secara alami wajah kita akan menmproduksi minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi sebisa mungkin hindarilah hindarilah menggunakan kosmetik yang berlebihan karena minyak dan debu akan menjadi media bakteri penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.
4. Keringkan wajah kita dengan handuk yang bersih setelah cuci muka atau mandi, karena bakteri juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.
5. Minum air putih
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minimal 2 liter sehari, maka kulit kita akan selalu fit dan sehat.
6. gunakan pelembab kulit
Menggunakan pelembab akan membantu menyehatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan berarti pelembab yang berminyak..sekarang sudah banyak produk kosmetik yang berbahan dasar air.
7. selalu pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar kulit beregenerasi dengan baik.
8. Sering-seringlah makan sayur dan buah.
sayur2an mengandung banyak vitamin yang menyehatkan kulit kita. Perbanyaklah makan sayur atau buah, terutama yang mengandung vitamin E. Dengan kulit yang sehat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.
9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, butuh istirahat. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Karena saat kita tidur, kulit akan beregenerasi dan membuang racun2 yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kebali segar.

Sunday, January 23, 2011

PETUA MENGURANGKAN LEMAK BADAN

1)Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan  anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

2. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

PETUA MEMASAK

1. KUPAS BAWANG
Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN

Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Sumber Chef Sabri

Advertisement