Pages

Advertisement

Sunday, May 29, 2011

Final paling lumayan


As salam.hai semua...lama dah tak update blog aku ini.rindu sangat nak berbelog.Al maklumla sekarang ni sibuk dengan keja.Sekarang ini aku dok praktikal.Keja menimbun-nimbun,nak online internet tak da,nak pegi mamak susah.So balik kampung sekali sekali ini dapat la melepaskan rindu aku nak berbeloging nih.....

So amacam semalam?? Final Liga Juara-Juara Eropah 2011...Mesti ramai Fan MU murung hari ini,dek kerna kekalahan 3-1 semalam ditangan Barca,teryata penyudah Messi memang mantop n terbaik...Apapun tahun depan MU cuba lagi.dengaq kata depa nak beli pemain baru plok...mantap la pas ni erk...Sok sek sok sek surat kabaq hari ini jumpa la berita kat bawah ini,tuuuuuu diaaaaaaaaaaaa Final paling lumayan tu...nak tau baca berita kat bawah ni k.............

Final paling lumayan

LONDON: Final Liga Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona awal pagi tadi akan menghasilkan keuntungan 369 juta euro (RM1.6 billion) terhadap ekonomi Eropah.

Kajian MasterCard menunjukkan juara akan menerima kira-kira 126 juta euro (RM545 juta), hasil daripada ‘hadiah kemenangan, peningkatan nilai pasukan terbabit, hak penyiaran televisyen dan media yang meningkat serta peningkatan ekuiti penjenamaan’.


Pasukan yang kalah pula menerima 73 juta euro (RM315.7 juta) manakala tuan rumah, London akan menerima faedah ekonomi 52 juta euro (RM225 juta) ketika peminat membelanjakan wang di bar, hotel dan di Stadium Wembley yang menjadi gelanggang final perlawanan itu.

Ekonomi Eropah juga meraih 100 juta euro (RM432.6 juta) dan bandar raya kelab yang muncul juara akan menerima 18 juta euro (RM77.8 juta) hasil perbelanjaan pengguna dan pelancongan.


Jumlah keuntungan 369 juta euro (RM1.6 bilion) itu menyaksikan peningkatan lima peratus daripada final 2010 yang menyaksikan Inter Milan menewaskan Bayern Munich.


“Manchester United FC menentang FC Barcelona adalah final impian menjadi idaman setiap peminat bola sepak. Tapi juara kelab Inggeris dan Sepanyol itu juga adalah dua kelab paling berjaya di luar padang,” kata penulis yang membuat kajian itu, Simon Chadwick.

“Mereka akan mengaut keuntungan kira-kira 200 juta euro (RM865.2 juta) sekali gus menjadikan final itu sebagai perlawanan akhir paling lumayan dalam sejarah bola sepak Eropah,” katanya yang juga Pengarah Pusat Perniagaan Sukan Antarabangsa di Universiti Coventry, di tengah England.


Laporan juga menambah ekonomi Amerika Latin akan menerima durian runtuh sehingga 100 juta euro (RM442.6 juta) daripada perlawanan akhir itu yang menyaksikan ayam tambatan Barcelona, Lionel Messi dari Argentina dan pertahanan Manchester United dari Brazil, Rafael Da Silva dijangka diturunkan. - AFP

Sumber

Budak 13 Tahun Cipta Laman Sosial Lebih Baik Daripada Facebook




 BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.

Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.

Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.

"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.

"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.

Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.

Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.

Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak. 

Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.

"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi

nak lihat laman yang di ciptanya sila klik sini  http://salingsapa.com/

Sunday, May 15, 2011

Restoran XXXXXXL





OK...Dalam segmen gambar pelik-pelik ini,kali ini aku nak tunjukkan gambaq kedai yang menyediakan makanan dalam bekas yang bersaiz XXXXXL.....hahahaha...agak-agak korang mampu habiskan tak makanan ni???












Bermulalah satu perjalanan

Assalamualaikum

Hai semua...lama sudah aku tak menulis or update entri terbaru.maklumlah terlalu sibuk dengan final exam.kalam kelibut dibuatnya hidup  tak keruan,tidoq tak menentu masa depan punya pasai.Nak dijadikan cerita lepas saja aku setel final exam terus gerak balik kampung dengan housemate aku.Dah dua bulan tak balik kampung rindu kat My mom,family,rakan-rakan n my sang kecil cilik anak buah aku Aini fikriyah.Lama tak maen dengan dia asyik dok dengaq suara ja dalam telefon.

Balik kampung pun sekejap je.dah nak kena balik Penang plak.Praktikal start hari Isnin ini,membe-membe lain dah seminggu start aku ja mintak pospone sebab hendak balik release tensiot.Diorang aku tengok hari-hari update kat status FB cerita pasai tempat praktikal diorang,ada yang seronok,ada yang kurang seronok.Aku punya tempat praktikal punya keadaan tak tau la macam mana keadaanya.syok ka?bos ok ka??boley suaikan diri tak?? macam-macam dalam kepala otak aku la ni.Apa pun tunggu hari isnin ni la harap-harap ok.ok jum tidor esok nak balik Penang.....

Saturday, May 14, 2011

Wahai anak dengarlah keluhan bonda




SEMPENA Hari Ibu, marilah wahai anak dengarlah suara hati ibumu ini: Wahai anakku, bertahun-tahun berlalu dan tahun itu adalah kebahagiaan dalam kehidupanku.

Satu ketika dulu doktor datang menyampaikan khabar berita kehamilanku, diri ini bercampur rasa gembira dan bahagia. Semenjak berita gembira itu, aku membawamu ke mana-mana saja selama sembilan bulan. 
Tidur, berdiri, makan dan bernafas dalam kesulitan, tetapi semua itu tidak mengurangi cinta dan kasih sayangku kepadamu bahkan ia tumbuh bersama berjalannya waktu. 

Aku mengandungkanmu, wahai anakku! Aku begitu gembira tatkala berasakan melihat terajang kakimu dan balikan badanmu di perutku.


Aku berasa puas setiap aku menimbang diriku kerana semakin hari semakin bertambah berat perutku bererti engkau sihat dalam rahimku.



Penderitaan yang berpanjangan menderaku, sampailah saat itu ketika fajar pada malam berkenaan aku tidak dapat tidur atau memejamkan mataku barang sekejap. 

Aku berasakan sakit tidak tertahan dan rasa takut yang tidak dapat dilukiskan. Sakit itu terus berlanjutan sehingga membuat�ku tidak dapat lagi menangis. 

Sebanyak itu pula aku melihat kematian menari-nari di pelupuk mataku hingga tibalah waktunya engkau keluar ke dunia. Engkau pun lahir...tangisanku bercampur dengan tangismu. 

Semua itu, sirna keletihan dan kesedihan. Hilang semua sakit dan penderitaan malah kasihku padamu semakin bertambah dan bertambah. 

Aku peluk dan cium dirimu sebelum meneguk satu titis air yang ada di kerongkonganku. Wahai anakku...sudah berlalu tahun daripada usiamu, aku membawamu dengan hatiku dan memandikanmu dengan kedua-dua tangan kasih sayangku. 

Sari pati hidupku kuberikan kepadamu. Aku tidak tidur demi tidurmu, berletih demi kebahagiaanmu. Harapanku pada setiap hari; agar aku melihat senyumanmu. 
Kebahagiaanku setiap saat adalah celotehmu dalam meminta sesuatu agar aku berbuat sesuatu untukmu...itulah kebahagiaanku! 

Kemudian, berlalulah waktu. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Selama itu pula aku setia menjadi pelayanmu yang tidak pernah lalai, menjadi dayangmu yang tidak pernah berhenti, dan menjadi pekerjamu yang tidak pernah mengenal lelah serta mendoakan selalu kebaikan dan taufik untukmu. 

Aku selalu memperhatikan dirimu hari demi hari hingga engkau menjadi dewasa. Badanmu yang tegap, kumis dan jambang tipis yang menghiasi wajahmu menambah ketampananmu. 

Tatkala itu aku mulai melirik ke kiri dan ke kanan demi mencari pasangan hidupmu. Semakin dekat hari perkahwinanmu, semakin dekat pula hari kepergianmu. 

Saat itu pula hatiku mulai serasa terhiris, air mataku mengalir, entah apa rasanya hati ini. Bahagia bercampur dengan duka, tangis bercampur pula dengan tawa. 

Bahagia kerana engkau mendapatkan pasangan dan sedih kerana engkau pelipur hatiku akan berpisah denganku. Waktu berlalu seakan-akan aku menyeretnya dengan berat. 

Kiranya setelah perkahwinan itu aku tidak lagi mengenal dirimu, senyummu yang selama ini menjadi pelipur duka dan kesedihan, sekarang sirna bagaikan matahari yang ditutupi kegelapan malam. 

Tawamu selama ini ku jadikan buluh perindu, sekarang tenggelam seperti batu yang dijatuhkan ke dalam kolam yang hening, dengan dedaunan yang berguguran. 

Aku benar-benar tidak mengenalmu lagi kerana engkau sudah melupakanku dan melupakan hakku. Terasa lama hari-hari yang ku lewati hanya untuk ingin melihat rupamu. 

Detik demi detik ku hitung demi mendengarkan suaramu. Akan tetapi penantian ku rasakan sangat panjang. Aku selalu berdiri di pintu hanya untuk melihat dan menanti kedatanganmu. 

Setiap kali berderit pintu aku menyangka engkaulah orang yang datang itu. Setiap kali telefon berdering aku rasa engkaulah yang menelefon. 

Setiap suara kenderaan yang lewat aku rasa engkaulah yang datang. Akan tetapi, semua itu tidak ada. Penantianku sia-sia dan harapanku hancur berkeping. 

Yang tersisa hanyalah kesedihan daripada semua keletihan yang selama ini kurasakan. Sambil menangisi diri dan nasib yang memang ditakdirkan oleh-Nya. 

Anakku...ibumu ini tidaklah meminta banyak dan tidaklah menagih kepadamu yang bukan-bukan. Yang ibu pinta, jadikan ibumu sebagai sahabat dalam kehidupanmu. 

Jadikanlah ibumu yang malang ini sebagai pembantu di rumahmu, agar dapat juga aku menatap wajahmu, agar Ibu teringat pula hari-hari bahagia masa kecilmu. 

Dan Ibu memohon kepadamu: Nak! Janganlah engkau memasang jerat permusuhan denganku, jangan buang wajahmu ketika ibu hendak memandang wajahmu! 

Yang ibu tagih kepadamu, jadikanlah rumah ibumu, satu tempat persinggahanmu agar engkau dapat sekali-kali singgah ke sana sekalipun hanya satu detik. 

Jangan jadikan ia sebagai tempat sampah yang tidak pernah engkau kunjungi atau sekiranya terpaksa engkau datangi sambil engkau tutup hidungmu dan engkau pun berlalu pergi. 

Wahai anakku, setiap kali aku mendengar engkau bahagia dengan hidupmu, setiap itu pula bertambah kebahagiaanku. Bagaimana tidak, engkau buah daripada kedua-dua tanganku, engkaulah hasil keletihanku. 

Engkaulah laba daripada semua usahaku! Kiranya dosa apa yang kuperbuat sehingga engkau jadikan diriku musuh bebuyutanmu? Pernahkah aku berbuat khilaf dalam salah satu waktu selama bergaul denganmu atau pernahkah aku berbuat lalai dalam melayanimu? 

Wahai anakku! Aku hanya ingin melihat wajahmu dan aku tidak mengingin yang lain. Wahai anakku! Hatiku terhiris, air mataku mengalir sedangkan engkau sihat. 

Orang sering mengatakan engkau seorang lelaki baik, dermawan dan berbudi. Anakku...Tidak tersentuhkah hatimu terhadap seorang wanita tua yang lemah, tidak terenyuhkah jiwamu melihat orang tua renta ini, ia binasa dimakan rindu, berselimut�kan kesedihan dan berpakaian kedukaan? 

Bukan kerana apa-apa? Akan tetapi hanya kerana engkau berhasil mengalirkan air matanya...Hanya kerana engkau membalas�nya dengan luka di hatinya... hanya kerana engkau pandai menikam dirinya dengan belati derhakamu tepat menghujam jantungnya...hanya kerana engkau berhasil pula memutuskan tali silaturahim? 

Wahai anakku, ibumu inilah sebenarnya pintu syurga bagimu. Maka titilah jambatan itu menujunya, lewatilah jalannya dengan senyuman yang manis, pemaaf dan balas budi yang baik. 

Semoga aku bertemu denganmu di sana dengan kasih sayang Allah seperti hadis: “Orang tua adalah pintu syurga yang di tengah. 

“Sekiranya engkau mahu, maka sia-siakanlah pintu itu atau jagalah!” (Hadis riwayat Ahmad). Akan tetapi, anakku! Mungkin ada satu hadis yang terlupakan olehmu! Satu keutamaan besar kamu lalai iaitu Nabi s.a.w yang mulia bersabda: Daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, amal apa yang paling mulia? 

Beliau berkata: “Solat pada waktunya”, aku bertanya: “Kemudian apa, wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Berbakti kepada kedua-dua orang tua”, dan aku bertanya: “Kemudian, wahai Rasulullah!” Beliau menjawab, “Jihad di jalan Allah”, lalu beliau diam. Sekiranya aku bertanya lagi, nescaya beliau akan menjawabnya. (Muttafaqun ‘alaih). 

Anakku, yang aku cemaskan terhadapmu, yang aku takutkan bahawa jangan-jangan engkaulah yang dimaksudkan Nabi s.a.w dalam sabda�nya: “Merugilah seseorang, merugilah seseorang, merugilah seseorang”, Rasulullah ditanya: “Siapa dia, wahai Rasulullah?, Baginda menajwab: “Orang yang mendapatkan kedua-dua ayah ibunya ketika tua, dan tidak memasukkannya ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim). 

Anakku...Aku tidak akan angkat keluhan ini ke langit dan aku tidak adukan duka ini kepada Allah kerana sekiranya keluhan ini membumbung menembus awan, melewati pintu langit, maka akan menimpamu kebinasaan dan kesengsaraan yang tidak ada ubatnya serta tidak ada tabib yang dapat menyembuhkannya. 

Aku tidak akan melakukannya, nak! Bagaimana aku melakukannya sedangkan engkau jantung hatiku... Bagaimana ibumu ini kuat menengadahkan tangannya ke langit sedangkan engkau adalah pelipur laraku. 

Bagaimana ibu tegar melihatmu merana terkena doa mustajab, padahal engkau bagiku adalah kebahagiaan hidupku. Bangunlah, nak! Uban sudah mulai merambat di kepalamu. 

Akan berlalu masa hingga engkau akan menjadi tua pula, dan engkau akan memetik sesuai dengan apa yang engkau tanam... Aku tidak ingin engkau nantinya menulis surat yang sama kepada anakmu, engkau tulis dengan air matamu sebagaimana aku menulisnya dengan air mata itu kepadamu. 

Wahai anakku, bertakwalah kepada Allah dan pada ibumu, peganglah kakinya! Sesungguh�nya syurga di kakinya.

Sunday, May 8, 2011

Teknologi Malaysia VS Jepun VS Amerika



Teknologi Malaysia VS Jepun VS Amerika 

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!


Thursday, May 5, 2011

Tarikh Semakan Keputusan UPU, Matrikulasi dan Politeknik untuk SPM 2011





Untuk pelajar lepasan SPM, STPM 2010 berikut adalah senarai tarikh-tarikh penting yang boleh dijadikan rujukan untuk semakan status permohonan dan temuduga bagi UPU, IPTA 2011, KPLSPM 2011, Matrikulasi 2011, Politeknik dan Tingkatan 6 bagi tahun 2011.




UPU – Lepasan SPM
Semakan Temuduga (jika ada) :11 April 2011 Rujukan: UTM, UiTM, UPSI, UPNM
Temuduga : 14 – 18 April 2011
Keputusan Permohonan : Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my
Semakan Tawaran : 6 Mei 2011 IPTA
Pendaftaran Pelajar Baru: 1 Jun 2011
UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan
Semakan Temuduga: 22- 24 April 2011 Rujukan: UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM
Temuduga: 25 April- 5 Mei 2011
Keputusan Permohonan: Jun 2011 upu.mohe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011
UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Pendidikan
Semakan Ujian MEdSI: 22 April 2011 Rujukan: mpm.edu.my
Ujian MEdSI: 30 April 2011
Semakan Temuduga: 13 Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my
Temuduga 18 – 25 Mei 2011
Keputusan Permohonan Jun 2011
Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011
USM (Universiti Sains Malaysia)
Semakan Ujian MUnSyI: 24 Mac 2011 pohon.usm.my
Ujian MUnSyI: 9 April 2011
Semakan Temuduga: 20 April 2011
Temuduga: 23 – 29 April 2011
Keputusan Permohonan: Mei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011
Matrikulasi
Keputusan Permohonan: 28 April 2011 moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru: 23 Mei 2011
Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua: Mei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua) : Jun 2011
KPLSPM 2011
Semakan Temuduga: 12 April 2011 moe.gov.my
Temuduga & Ujian Insak : 18 – 29 April 2011
Semakan Temuduga(Ambilan Khas): 25 April 2011
Temuduga & Ujian Insak: 2- 5 Mei 2011
Keputusan Permohonan : 21 Mei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru: 20 Jun 2011
Politeknik
Semakan Panggilan Temuduga: 8 & 13 April 2011 politeknik.edu.my
Temuduga: 11 – 25 April 2011
Ujian Bertulis: 17 – 25 April 2011
Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga): 22 Mei 2011
Keputusan Permohonan (Bertemuduga): 30 Mei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru: 3 Julai 2011
PILN JPA
Semakan Temuduga: 8 – 16 April 2011 Rujukan: esilav2.jpa.gov.my
Temuduga: 12 – 15 April 2011
Keputusan Temuduga: Mei 2011
Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor: 10 – 12 Mei 2011
Keputusan Rayuan: Jun 2011
Pendaftaran Pelajar Baru: Jun/Julai/Ogos 2011
PILN MARA
Semakan Temuduga: 14 April 2011 Rujukan: mara.gov.my
Tingkatan 6
Semakan Tawaran ke Tingkatan: 6-9 Mei 2011  moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru: Mei 2011
Permohonan Pertukaran Jurusan: Mei 2011 Pengetua Sekolah
Tarikh Tutup Rayuan: Jun 2011 Pengetua Sekolah
There was an error in this gadget

Advertisement