Pages

Advertisement

Monday, January 7, 2013

Haji Awang dan Hajjah Bedah Family Story



السلام عليکم دان سلامت سجهترا

Hari ini duduk online tertiba datang idea hendak story sikit mengenai Keluarga Haji Awang dan Hajjah Bedah.Untuk pengetahuan semua tokwan aku dah meninggal hampir 6 tahun,so sekarang ini tinggal nenek aku je la,umur dia pun dah 80 thn lebih.Time tokwan aku meninggal aku masih lagi menuntut di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra (Polimas) dalam bidang kejuruteraan Elektronik.Maklum la,cita-cita dari kecil hendak jadi Engineer.So aku decide ambil kos engineering.

Ok berbalik kepada cerita pasal family aku,Tokwan dan nenek aku mempunyai lima orang anak.Empat perempuan dan seorang lelaki.Tapi yang menariknya dalam keluarga aku ini,aku pun tidak kenal sepupu-sepupu aku.So aku decide create grup family aku yang bertujuan mencari dan mengenali mereka semua dengan lebih rapat lagi.Ini page family saya Keluarga Haji Awang & Hajjah Bedah.

So, aku sebagai cucu ini,mengambil initiatif membuat satu program yang dipanggil Reunion Keluarga yang pertama.Majlis berlangsung pada hari raya ke-3 lepas.Seronok jugak dapat berkumpul ramai-ramai,bergurau senda dan dapat mengeratkan sillaturrahim sesama kami.

Gotong royong basuh pinggan mangkuk

My Family (ada yg tak cukup lagi ini)

My Family 2
InsyaAllah kalau ada rezki,aku akan kumpulkan semua ahli keluarga aku ramai-ramai,baru meriah.

Sekian,
Wasalam.

Sunday, January 6, 2013

Ketahui 8 Ciri Manusia Melalui Tandatangan


1. Satu Garis Di Bawah Tandatangan


Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. 

Namun, bersifat kikir mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tandatangan

Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. 

Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. 

Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tandatangan

Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. 

Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garis Atau Titik Di Bawah Tandatangan

Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.

Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kikir.

5. Tiada Persamaan Antara Nama Dan Tandatangan

Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. 

Golongan ini mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. 

Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tandatangan

Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. 

Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. 

Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. 

Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung


Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. 

Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. 

Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama

Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. 

Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

Sumber:Forum Cari GOld

Saturday, January 5, 2013

Pengakuan Seorang Bekas Paderi Melayu




Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water).

Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA

"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al- Ahzab:71)

Thursday, January 3, 2013

Video Muhasabah Diri



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Untuk sesi muhasabah diri kali ini aku ingin berkongsi video-video yang selalu aku dengar time aku hendak tidur.Setiap kali hendak tidur aku seringkali mengingatkan diri yang kurang ilmu agama ini untuk bermuhasabah diri.Itu adalah perkara wajib didalam rutin harian aku.Tidak lengkap hariku tanpa mendengar video-video ini.

Aku suka mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh mantan mufti Perlis iaitu Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA).Ini kerana ceramah yang beliau sampaikan amat padat dan mudah difahami.Selain aku juga aku juga meminati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don yang menepati citarasa orang muda belia sekarang.

Ok mari kita bermuhasabah diri masing-masing dengan mendengar video di bawah ini.Selamat menonton dan  memahami bait-bait yang disampaikan oleh Prof DrMAZA dan Ustaz Don Daniyal.Mari renung sejenak rakan-rakan sekalian.Jikalau rakan-rakan mempunyai video lain bolehlah post diruangan komen dibawah.

Kredit kepada peng'upload' video-video dibawah ini.

Sekian,
Wasalam.

Ustaz Don Daniyal (Anak Asset ke Syurga atau Neraka )



Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



Harapan dan kembali - taubat dan doa




Dr Asri-Hakikat TAKDIR


DR ASRI-SURATAN @ KEBETULAN


There was an error in this gadget

Advertisement