Pages

Advertisement

Thursday, February 17, 2011

Strategi menangani stres melalui pendekatan Islam







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulilah....setelah seminggu bertungkus lumus menyiapkan asement yang menimbun-nimbun baru hari ini aku dapat meluangkan waktu aku untuk meng'update' entri terbaru blog kesayangan aku yang huduh ini.....hehehehe...Stress,pening,tak cukup tidor suma ada.Ini pun kalau ikutkan hati memang aku nak tidor je...tetapi rindu plak nak update blog huduh aku ni..Untuk entri minggu ini bersesuai dengan  tema kesibukan aku.So tajuknya adalah  Stres..


                               Apa itu Stres?


Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.Maksudnya disini adalah kalau macam aku, sebagai seorang student yang cemerlang,gemilang dan terbilang-bilang,mesti stress.mana taknya..asement kasi 2 minggu lepas,tapi esok nak submit malam ini baru nak buat..memang la stress tahap gaban dibuatnya.Tapi aku tau,hangpa suma mesti tak macam aku,penyegan,pemalas semua la ada kat aku...so hangpa jangan jadi macam aku ok....huhu




Ok berbalik kepada topik stress ini,sekarang ini kalau kat dada-dada akbar harian negara kita,macam-macam berita mengenai stress ini.Ada yang bunuh diri,bunuh anak semua ini disebabkan stress..


So disini aku statekan Strategi menangani stres melalui pendekatan Islam ok.Bak kat pepatah "Mencegah Lebih baik dari merawat".Ikuti ini insyallah......


1) Tadabbur al-Quran 

Membaca al-quran dengan betul, dalam masa yang sama memahami makna ayat-ayat yang dibaca serta menghayati dan mengamalkan arahan dan larangan akan mententeramkan fikiran, hati, rohani dan jasmani. 

Selalulah membaca al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali khatam setahun. setiap hari sekurang-kurangnya sepuluh ayat, insyaAllah kita akan ditulis sebagai orang yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

2) Taqarrub kepada Allah s.w.t

Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengenali dan mencintainya lebih daripada segala-galanya sehingga lahir rasa kehambaan sejati dalam diri melalui amal ibadah secara istiqamah (berterusan) dengan cara:

i)
Qiamullail

Bangun pertengahan malam atau sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah s.w.t             dengan menunaikan ibadah solat sunat seperti solat Tahajjud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir.



ii) Istighfar dan Taubat
Sentiasa beristighfar sekurang-kurangnya 75-100 kali sehari dan berzikir dengan zikir-zikir daripada al-Quran dan juga Hadis.


3) Syukur dan ikhlas

Melakukan kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, semuanya dilakukan kerana Allah s.wt. Jika kita bekerja atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu, apabila kita tidak dapat apa yang kita hajati sudah pasti stres akan melanda.



Firman Allah s.w.t :al-Insaan :9

"(sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih".



4) Tawakkal

Berserah dan menyerahkan natijah semua perkara kepada Allah s.w.t setelah berusaha sedaya upaya serta percaya yakin kepada segala janjinya.





P?S : Last sekali kalo hangpa tak ikut langkah-langkah kat atas tu jadi la macam ni...Layan video ini >>> Stres yang terlampau











Ini lagi teruk>>

6 comments:

Keyyah said...

minta simpang la dr stress yg melampau2 2...yg ptg jgn lupa baca Quran n ingat Allah banyak2...


##jgn stress melampau-lampau sudaaaa k

stuck said...

gud post..=))
we should handle our stress in proper way..=))

Unknown said...

@Keyyah

terima kaseh akak atas nasihat kamu.syg kamu :)

Unknown said...

@stuck

betol tu...kena pandai handle.

Addien said...

syukran atas info ni..jazakallah =)

Unknown said...

@Ad-Dien

syukran....

Advertisement