Pages

Advertisement

Monday, December 31, 2012

2012 Mengajar aku menjadi lebih matang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik hari ini adalah hari terakhir didalam tahun 2012.Terasa sungguh pantas masa berlalu,bagaikan tidak terasa hari-hari yang aku lalui selama 365 hari ini.Pelbagai peristiwa pahit manis telah aku tempuhi sepanjang mengharungi tahun 2012 ini.Banyak peristiwa yang mematangkan aku sebagai seorang insan yang mencari ke redhaan Allah SWT.Masih banyak lagi kekurangan didalam diri ku ini,yang merlukan aku berusaha untuk mencapai apa yang terbuku di benak hati kecilku ini.

2012 adalah tahun dimana aku berjaya menggengam segulung ijazah.Dengan berbekalkan segulung ijazah inilah aku akan membantu keluargaku.Telah banyak mereka berkorban dari segi moral support,wang ringgit dan banyak lagi yang tidak terungkap melalui penulisan aku ini.Terima kasih!!

Tahun ini juga banyak mematangkan aku dari segi menguruskan kewangan aku,jika dulu banyak dihabiskan ke jalan yang tidak berfaedah.Andai masa boleh di undur kembali akan aku perbetulkan segala kesilapan yang lalu,tetapi itu tidak mungkin akan terjadi kerana yang berlalu biarlah berlalu.Biarkan ia menjadi kenangan yang tidak akan aku ulangai lagi.InsyaAllah.

Betul orang kata,belajarlah dari pengalaman kerana dengan pengalamanlah dapat mematangkan kita.

Sekian,
Wasalam.

2 comments:

eda said...

Selamat datang tahun baru..
moga skan memberi sinar kebahagian...:)

Unknown said...

Terima kasih :)

Advertisement