Pages

Advertisement

Sunday, February 13, 2011

Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan, Yemen




ALGIERS 12 Feb. – Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.
Kira-kira 2,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.
Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.
Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.



Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera. – Agensi

2 comments:

Unknown said...

jgn merebak sampi ke malaysia udah..

Unknown said...

insyaalllah.............

Advertisement