Pages

Advertisement

Tuesday, February 1, 2011

RON97 Naik 10 Sen Lagi

Selamat Morning.......

Cerah menerang sungguh cuaca hari ni...selalunya awan berarak mendung aja....biasa la rutin harian aku bila mangkit tidoq..buka lappy baca surat kabaq...haaaa....surat kabaq yg wajib aku baca mestilah Harakah,Malaysiakini,Harian Metro,Utusan n Kosmo....(baca tajuk utama ja,malaih aih nak baca semua,rajin plok....hahahahaha.


1st sekali aku bukak la Harakah,mcm biasa la tak da cereta menarik just berita pasai PRK Labis la....so aku pun tekan butang pangkah (butang close la)....Pastu aku bukak plak Malaysiakini....bukak ja page kat Malaysiakini satu tajuk ja menarik perhatian aku yakni...."RON97 Naik 10 Sen Lagi".....(berkuatkuasa tghmalam semalam) maksudnya ari ni la 1st day (01/02/11) harga minyak naek ...............tu  diaaaaaaaaa......naek lagi......aiii kata Malaysia ni ada minyak.export sana,export sini......pasai pa yang dok nek minyak harga minyak lagi....aku pun tak paham...apa pun terima ja la..bak kata slogan "Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan"....yeah......baca keratan surat kabaq bawah ni :::






RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.
Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.
Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

0 comments:

Advertisement