Pages

Advertisement

Wednesday, December 26, 2012

Aku dan Segulung Ijazah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah lama tidak meng'Update' blog ini,terasa berhabuk,bersawang sana sini.Al-maklum la sibuk.Dulu sibuk dengan study,tapi sekarang aku dah grad dan menerima segulung Ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik.Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi,Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ibuku yang banyak memberi nasihat,dorongan kepadaku sehingga aku dapat menggenggam sehelai kertas yang bernama 'Ijazah Sarjana Muda'.Tidak dilupa kepada abang-abangku,kakakku serta sahabat sekelas aku yang banyak membantu aku didalam menghabiskan masa 3 tahun sebagai mahasiswa di IPT tempatan diselatan tanah air.

Akulah yang sorang-sorang lompat tu,orang lain tak lompat pun...lolss


Aku macam tak percaya aku dah mempunyai segulung ijazah,mana taknya dulu semasa habis diploma aku dah bertekat tak mahu sambung degree dah,tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanyaAku nak kata power dalam elektronik tu tak da la,biasa-biasa saja.Nak kata pointer power tak juga,biasa-biasa saja.Kini aku sudah bekerja di sebuah kilang yang terletak di negeri Pulau Pinang Alhamdulillah....

Sekian
Wasalam.

0 comments:

Advertisement