Pages

Advertisement

Wednesday, December 28, 2011

Wanita Merajuk Sampai Mati



BULATAN menunjukkan lokasi Ann Nyuyut terjun dari pacuan empat roda di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah pada Rabu lalu.
 MELAKA – Seorang wanita Vietnam yang merajuk bertindak nekad terjun dari pacuan empat roda dipandu kekasihnya di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah di sini pada Rabu lalu.

Mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas tiga hari bertarung nyawa.
Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa, Hyunh Ann Nyuyut, 29, terjun dari kenderaan Mitsubishi Triton yang sedang bergerak.
Teman lelaki mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 35, berkata, ketika kejadian, dia dan mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rembia ke sebuah bank di Pekan Alor Gajah.
“Selepas kira-kira dua minit kenderaan bergerak, Ann Nyuyut yang membebel sejak mula menaiki kenderaan bertindak membuka pintu Mitsubisihi Triton lalu terjun.
“Sebelum keluar rumah, kami tidak bergaduh atau bertengkar namun Ann Nyuyut tiba-tiba merajuk sejak mula menaiki kenderaan tanpa diketahui puncanya,” cerita Yong warga tempatan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.
Yong yang merupakan seorang kontraktor berkata, dia yang terkejut melihat tindakan mangsa segera memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa.
Namun sebaik dia memangku Ann Nyuyut, wanita itu sudah tidak sedarkan diri menyebabkan dia segera membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.

Sumber Kosmo

0 comments:

There was an error in this gadget

Advertisement