Pages

Advertisement

Tuesday, November 22, 2011

Ibu segala Pingat




Tahniah tahniah dan tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya (B23) kerana dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas di Laos

Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

Ini dia penyokong fanatik Harimau Malaya yang meraikan kemenangan skuad harimau Malaya yang membenam Sang Garuda diiringan Lagu INILAH BARISAN KITA.

Lokasi :Asri Rosmerah,Bukit Beruang Melaka


                                  

1 comments:

kindergartenlibrary said...

Malaysia terbaik ! tahniah kepada merekA !
:)

Advertisement