BULATAN menunjukkan lokasi Ann Nyuyut terjun dari pacuan empat roda di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah pada Rabu lalu. |
Mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia pada Jumaat
lalu selepas tiga hari bertarung nyawa.
Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa, Hyunh Ann
Nyuyut, 29, terjun dari kenderaan Mitsubishi Triton yang sedang bergerak.
Teman lelaki mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong,
35, berkata, ketika kejadian, dia dan mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di
Rembia ke sebuah bank di Pekan Alor Gajah.
“Selepas kira-kira dua minit kenderaan bergerak, Ann Nyuyut
yang membebel sejak mula menaiki kenderaan bertindak membuka pintu Mitsubisihi
Triton lalu terjun.
“Sebelum keluar rumah, kami tidak bergaduh atau bertengkar
namun Ann Nyuyut tiba-tiba merajuk sejak mula menaiki kenderaan tanpa diketahui
puncanya,” cerita Yong warga tempatan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital
Melaka di sini semalam.
Yong yang merupakan seorang kontraktor berkata, dia yang
terkejut melihat tindakan mangsa segera memberhentikan kenderaan bagi membantu
mangsa.
Namun sebaik dia memangku Ann Nyuyut, wanita itu sudah tidak
sedarkan diri menyebabkan dia segera membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.
Sumber Kosmo
0 comments:
Post a Comment