PENGGUNA jalan raya yang gagal mematuhi arahan pemakaian tali pinggang keledar belakang akan dikenakan kompaun RM300 mulai tahun 2012.
Saman Tali Pinggang Belakang Bermula Esok
KUALA LUMPUR: Bermula esok, tiada
alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal
menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.
Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah
malam ini (1 Januari 2012).
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad
berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil
pihak berkuasa.
“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk
tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.
“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali
pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga
tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau
kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.
“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal
mematuhinya,” katanya.
“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan
mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali
pinggang mulai esok,” katanya.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment