10 Tanda Kekasih Anda Tengah Pokai Tiada Duit
TIADA
ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang
terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu,
mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan
tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya,
“Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa
yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”
Bagi
lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal
kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang
masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai
kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan
lagi kekusutan difikirannya.
Jum
berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan.
Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda
seperti berikut:
1.Menghabiskan
masa di rumah
Setiap
kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli
keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada
keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan
bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas
daripada beban kewangan.
2.Menonton
DVD sebagai hobi
Saat
si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada
keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton
beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”
3.Makan
di gerai murah
Sebelum
ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran
eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke
gerai murah.
4.Pulang
awal
Selepas
menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal,
kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya:
“Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan
badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”
5.Tiada
hadiah ulang tahun
Selama
ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu
berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya
memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum
menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”
6.Hindari
ajakan ke pusat beli-belah
Si
dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah.
Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”
7.Destinasi
legenda jadi pilihan
Tidak
seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan
sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya:
“Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”
8.Hanya
menemani
“Maaf,
saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah
jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia
bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
9.SMS
sahaja
Kebiasaannya,
setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih
gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya:
“Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”
10.Kereta
rosak
Tanpa
kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam.
“Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya…
kenapa nih.
Begitulah
alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah
kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan
tingkah lakunya.
0 comments:
Post a Comment