Kerinduan
Assalamualaikum
Dah lama aku tak update blog
cikai aku ini.Sibuk dengan berbagai-bagai kerja...tatkala diambang semester
akhir.Berbagai-bagai kerja kena disiapkan dalam masa terdekat ini,runsing aku
memikirkanya.Namun disebalik kesibukan aku tidak menyedari,Aku kini,hanya
tinggal satu semester lagi untuk aku menghabiskan pengajian & perantauan
aku di bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini.Pelbagai suka,duka aku tempuhi
disini.Susah senang hanya Allah yang tahu.
Kini,cuti semester kembali
lagi.Kerinduan aku kepada Ibuku,kampung halaman,rakan taulan kian
menebal,seperti tebalnya awan hitam yang dipenuhi air yang akan gugur apabila
tiba masanya.Ikutkan benak hati ini,habisnya last paper inginku pulang saja
kekampung,tetapi ada kerja aku harus siapkan sebelum pulang ke kampung halaman
aku..So sekarang sambung keje....(bebel pa tang ni) < Loghat Pekat Kedah
0 comments:
Post a Comment