Pages

Advertisement

Sunday, February 27, 2011

TIME TABLE YANG PADAT



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Bulan 3??
pergh...banyak betol nak kena setelkan kerja...
dengan Test,Assignment..boley tahan la..
Al maklum la..sem ini kan sem pendek..
tak sempat aku hendak keluar berpoya-poya macam bulan lepas...
PIKOM PC FAIR(MITC) pun tak pergi,depan rumah je kot....
Kalau tidak.....
ke sana ke mari meronda sekitar town
melepak ujung daerah ke ujung daerah
minum tea,dari kedai ke kedai
tapi ......sumua itu harus dikurangkan untuk memberi laluan kepada
kerja-kerja yang kena setelkan
 so kurangla aku blogwalking dan update entri
ni pun curi kejap masa nak update blog...huhu

Time table bulan March 2011



So,lepas ini dah setel semua kita sambung lagi
jalan-jalan cari makan sekitar Melaka ini..
yeeaaah...


Jalan-Jalan Ronda Melaka













Lelaki 39 isteri

RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.


ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.




LUAS... ruang dalam kediaman empat tingkat keluarga Chana, ‘Chhuanthar Run’ (rumah generasi baru).




BESAR... kediaman Chana di kawasan berbukit Desa Baktwang mempunyai 100 bilik.

BANYAK... isteri Chana menunjukkan sejumlah besar bahan mentah diperlukan untuk masakan hidangan makan malam keluarga itu.

“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah.

Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.

Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh — dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan

Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.

Chana yang dipanggil ‘Ka pa’ atau bapa oleh keluarganya mengahwini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Fahaman yang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaran yang berat buat bapa.

“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.

“Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin,” katanya.

Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.

Buat masa ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.

http://www.hmetro.com.my/articles/Keluargaterbesar/Article/artikelMA

Saturday, February 26, 2011

Faceblog

Edit


ASSALAMUALAIKUM DAH SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

[Tips Download] Search file Mediafire dengan mudah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berforum??mesti hangpa kata aku ini dok rajin dengar forum perdana ehwal islam kan?? hehehe(aku tengok jugak kadang-kadang)...sebenarnnya selain hobi aku bermain games PES dengan tengok muvie...aku ada satu lagi hobi yakni berFORUM...berForum disini maksudnya seperti forum Gempak.org,Fanfare community,halaqah.net,lowyat.com,Warezmy.net,Gudangmedia.net dan banyak lagi la forum- forum yang aku selalu lepak..ada jugak la forum luar negara aku lepak..

Hangpa tau sebab apa aku suka sangat berforum,kadang-kadang tu sampai 2 jam aku ngadap lappy aku semata-mata nak melayan forum je..Dalam forum ni b0ley dapat banyak ilmu.Antaranya adalah berkaitan:

  • Komputer -merangkumi aspek nak jaga lappy,nak increase speed lappy dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan komputer
  • Software - Banyak dalam forum kadang-kadang ada sofware yang tak pernah jumpa,akan jumpa disana
  • Hadware Komputer-Ada sesetengah forum ini boley jual beli hardware secara online (so senang la kalo korang hendak jual or beli hardware)
  • banyak lagi la faedahnya..tetapi ada jugak keburukannya ok..tapi kena pandai-pandai layan forum yang boley memberi manafaat kepada kita dan orang ramai.

So kat sini aku nak share ilmu yang aku dapat ketika berforum...tutorial ini khas untuk sesiapa yang suka mendownload.Ini cara senang hendak search lagu,video,comic,compressed files Link Api (mediafire).Sebab apa Mediafire?? kan kalau link seperti hotfile,fileserve,rapidshare,megaupload semua kena bayar dan tak boley download secara serentak (parallel),kalau guna link Mediafire ini free........Ikut step by step ok kengkawan...


Open browser pilihan anda e.g (Mozilla Firefox/Chrome), dan taip di search box seperti berikut:

(a) Untuk search semua file music yang berada pada MEDIAFIRE
      site:mediafire.com mp3|wma|ogg

(b) Untuk carian terperici mengenai album/nama artis dan sebagainya
      site:mediafire.com mp3|wma|ogg "taip nama artis/album"

(c) Untuk carian video
     site:mediafire.com asf|rm|avi|mp4|wmv|flv "taip nama artis/album"

(d) Untuk carian comics
      site:mediafire.com cbr|cbz "taip nama comic"

(e) Untuk compressed files/archives
     site:mediafire.com rar|zip|exe "taip nama file"

Friday, February 25, 2011

Tip Untuk Menguatkan Daya Ingatan


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hai semua,sehat ke tak? Diharap hangpa/korang semua sehat-sehat hendaknya belaka...Sudah makan belum,Sudah mandi belum,sudah solat belum (Sembahyanglah Anda Sebelum Anda Disembahyangkan),aku harap hangpa dah setelkan semua yang aku tanya kat atas nu....Minggu ini sibuk lagi,banyak asement (Numerical Method,RF Design,Electronics Intrument,Technoprunuer fuhhh semua nak kena submit dalam masa terdekat ini,tak macam minggu lepas asyik sibuk mengadap EMT(Electromagnetic) je.

Untuk tajuk entri minggu ini adalah "Tip Untuk Menguatkan Daya Ingatan"...Sebab apa aku pilih tajuk ini,al- maklum la..aku kan student so...tips-tips macam ini memang sangat-sangat berguna dan berpekdah kepada aku,mybe untuk hangpa pun ada guna...kan2x??...So kat bawah ini aku dah statekan "Tip Untuk Menguatkan Daya Ingatan,sebab-sebab penyakit lupa" .Mari sama-sama kita amalkan

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Penyakit Lupa

Antara penyebabnya adalah: -

  1. Makan kepala ikan
  2. Organ dlman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut & yg seumpamanya melainkan   atas nasihat doktor utk   keperluan kesihatan.
  3. Makan Makanan yg tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis    kimia yg menyebabkan daya   ingatan menjadi lemah.
  4. Jgn makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
  5. Jgn minum air antara suapan makan. Maksudnya, jgn minum sebelum anda selesai makan.
  6. Elakkan sukan yg boleh menyebabkan gegaran yg kuat kpd kepala seperti tinju, gusti & sebagainya.
  7. Pergaduhan/berkelahi sesama sendiri dgn memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yg   kuat & terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yg dipanggil 'dopamin'akan   berkurangan di dlm sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yg lemah & otot-otot yg kurang bermaya.



Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Utk menguatkan daya ingatan, dgn rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dpt menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma 
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagian drpd makanan yg boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain drpd itu, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas & cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yg amat baik diamalkan adalah dgn menarik nafas sebyk 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebyk 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.

From: Muslimah21 (2003-2007)

Sunday, February 20, 2011

Punca sakit belakang

cara-cara melakukan senaman pinggang

BANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan.

Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk.
Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan.

Boleh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.




Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah: 

  1. Obesiti 
  2. Merokok 
  3. Tekanan 
  4. Keadaan fizikal tidak elok 
  5. Postur badan yang salah 
  6. Posisi tidur tidak elok 
  7. Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur 

Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah. 

Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur. 

Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif. 

Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera). 

Diagnosis dan rawatan 
Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang. 

Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang. 

“Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang. 

“Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari. 

“Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah. 

Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot. 

“Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya. 

Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot. 

Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural. 

Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan. 

Pencegahan Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.


Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.


Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.


Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.


Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.


Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.

 Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.


Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.


Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal. 
  • Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang. 
  • “Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya.





Saturday, February 19, 2011

EMT OH! EMT







Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Malam Ahad yang sunyi,burung-burung @ unggas-unggas semua dah tidoq,cicak masih lagi meneruskan usaha untuk bertelur,manusia sibuk dengan hal masing ADA PEGI CLUB(tak baek berdosa),ADA PEGI MASJID,ADA PEGI SHOPPING.Tapi aku sebagai blogger (blogger hampeh) meneruskan misi aku meng'update' blog burukku lagi walaupun test ataupun ujian kian menghampiri.tik tok tik tok.


Minggu ini bermulalah misi perjuangan untuk semester 6 (ada lagi 2 semester untuk gred,Insyaallah) yang akan menentukan hala tuju aku apa bila naek semester 7 nanti.Test pertama untuk semester ini adalah Electromagnetic (EMT).Yeah semua kawan-kawan aku yang dah ambil (student UMP,UNIMAP,UTM,UTHM) kata,ini subjek killer oi.....memang aku akui,susah benaq subjet ini.Bak kata lecturer aku: Blajaq EMT ini kena imagine..jangan dok hapai ja,kena paham cheq oiiiii........


So sekarang jum sambung study....Banyak lagi tak cover ini..ADOYAI......

p/s:Doakan kejayaan aku ye kengkawan

4 Tahun Pisau Terbenam Dalam Tengkorak!





Li Fu (37) seorang lelaki dari Provinsi Yunan di China mengadu pening kepala kepada doktornya. Apabila pemeriksaan dilakukan, doktor terkejut apabila menemui sebilah pisau sepanjang 4 inci terbenam didalam kepala Li Fu! LE FFFFFFFFU???

Pada tahun 2006, Li Fu dirompak dirumahnya dan dipukul. Walaupun mendapat pemerikasaan doktor selepas itu, pisau yang terbenam didalam kepalanya gagal dikesan doktor yang merawatnya.






Thursday, February 17, 2011

Strategi menangani stres melalui pendekatan Islam







Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulilah....setelah seminggu bertungkus lumus menyiapkan asement yang menimbun-nimbun baru hari ini aku dapat meluangkan waktu aku untuk meng'update' entri terbaru blog kesayangan aku yang huduh ini.....hehehehe...Stress,pening,tak cukup tidor suma ada.Ini pun kalau ikutkan hati memang aku nak tidor je...tetapi rindu plak nak update blog huduh aku ni..Untuk entri minggu ini bersesuai dengan  tema kesibukan aku.So tajuknya adalah  Stres..


                               Apa itu Stres?


Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.Maksudnya disini adalah kalau macam aku, sebagai seorang student yang cemerlang,gemilang dan terbilang-bilang,mesti stress.mana taknya..asement kasi 2 minggu lepas,tapi esok nak submit malam ini baru nak buat..memang la stress tahap gaban dibuatnya.Tapi aku tau,hangpa suma mesti tak macam aku,penyegan,pemalas semua la ada kat aku...so hangpa jangan jadi macam aku ok....huhu




Ok berbalik kepada topik stress ini,sekarang ini kalau kat dada-dada akbar harian negara kita,macam-macam berita mengenai stress ini.Ada yang bunuh diri,bunuh anak semua ini disebabkan stress..


So disini aku statekan Strategi menangani stres melalui pendekatan Islam ok.Bak kat pepatah "Mencegah Lebih baik dari merawat".Ikuti ini insyallah......


1) Tadabbur al-Quran 

Membaca al-quran dengan betul, dalam masa yang sama memahami makna ayat-ayat yang dibaca serta menghayati dan mengamalkan arahan dan larangan akan mententeramkan fikiran, hati, rohani dan jasmani. 

Selalulah membaca al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali khatam setahun. setiap hari sekurang-kurangnya sepuluh ayat, insyaAllah kita akan ditulis sebagai orang yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

2) Taqarrub kepada Allah s.w.t

Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengenali dan mencintainya lebih daripada segala-galanya sehingga lahir rasa kehambaan sejati dalam diri melalui amal ibadah secara istiqamah (berterusan) dengan cara:

i)
Qiamullail

Bangun pertengahan malam atau sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah s.w.t             dengan menunaikan ibadah solat sunat seperti solat Tahajjud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir.



ii) Istighfar dan Taubat
Sentiasa beristighfar sekurang-kurangnya 75-100 kali sehari dan berzikir dengan zikir-zikir daripada al-Quran dan juga Hadis.


3) Syukur dan ikhlas

Melakukan kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, semuanya dilakukan kerana Allah s.wt. Jika kita bekerja atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu, apabila kita tidak dapat apa yang kita hajati sudah pasti stres akan melanda.



Firman Allah s.w.t :al-Insaan :9

"(sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih".



4) Tawakkal

Berserah dan menyerahkan natijah semua perkara kepada Allah s.w.t setelah berusaha sedaya upaya serta percaya yakin kepada segala janjinya.





P?S : Last sekali kalo hangpa tak ikut langkah-langkah kat atas tu jadi la macam ni...Layan video ini >>> Stres yang terlampau











Ini lagi teruk>>

Wajah-wajah bilionair Malaysia


KUALA LUMPUR - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalahMalaysian Business keluaran semalam.
Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.
"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.
"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.
Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.

Sunday, February 13, 2011

Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan, Yemen




ALGIERS 12 Feb. – Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.
Kira-kira 2,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.
Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.
Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.



Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera. – Agensi

Saturday, February 12, 2011

Katakan Tak Nak Untuk Sambutan Hari Kekasih








Assalamualikum dan  Salam sejahtera.


Aduh bosannya hari ni,dok lepak bilik je.Cerita pasal  bulan Februari ni umum semua tahu,tambah-tambah untuk couple-couple kat luar sana pasal dengan Hari Kekasih (HK).HK ni selalu disambut pada 14 Feb setiap tahun.Sekarang ni kan kira dah jadi trend couple-couple ni sambut HK ni,konon-konon nak menghargai pasangan la,kasi hadiah,bunga,macam-macam lagi la..

Tetiba terdetik dalam hatiku beberapa persoalan dengan perangai anak-anak muda sekarang ni..Kenapa??Mengapa??Pasaipa??Dok tiru sapa??bangga ka?? sambut HK ni..padahal HK ni kalo sambut hukumnya haram,boleh dianggap murtad.Yang dok pi sambut gak pasaipa.Tapi biasa la manusia,apa yang tak boley nak buat tu la nak buat kan.
So tepuk dada tanya selera wahai rakan-rakan sekalian.



 Ingatlah firman Allah S.W.T

“Orang Yahudi dan Nasarani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120)


Dan juga hadis Baginda s.a.w:



“Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah. Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Kisah Hidupku 3 (Mat Rempit Jalanan)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi,dengan limpah kurnianya blog aku ada jugak orang nak tengok.Biasa la blog buruk,nak dicomparekan dengan belog hangpa suma...hehehe (ayat merendah diri)....Berkat usaha aku berbelog walking,jalan sana sini kutip ilmu..buat kajian dan reaserch (tipu ja ni),belog aku cantik la sikit,banyak lagi yang aku kena belajaq dari geng2x bas sekolah blogger boy @ gurl ni...terima kaseh aku ucapkan kepada belog2x yang memberi tutorial bina n majukan belog...sesungguhnya amat bermakna bagi aku yangg sikit ilmu dalam bidang ber'belog' ni...aik..ni aku dah jauh sesat jalan ni...beletiaq ja....

Entri aku kali ni nak menyambung creta pasai kisah hidupku yang aktif sebagai mat rempit jalanan suatu ketika dulu....buat pengetahuan hangpa semua,aku aktif menjadi mat rempit jalanan ni sekitar tahun 2003,masa tu aku dok study kat sesuatu IPTA..IPTA mana toksah habaq la erk,bat buruk nama IPTA ja...hahaha...time tahun 2003 ni aku 1st year kat sana,berkat usaha gigih aku,aku ditaja oleh PTPTN (duit loan la hahahaha )untuk membeli motor.Masa tu time tengah top kat area kampung aku adalah Yamaha Lagenda.....mula2xnya abg aku syorkan aku beli moto skuter Yamaha Ego,dia kata kalo nek moto tu nampak smart,awek pun suka (aku tambah ni abg aku tak kata camtu)..gear pun tak payah masuk,pulas trotal minyak ja dah boley  pegi...tapi disebabkan minat membuak2x ngn yamaha Lagenda so aku decide beli je....


Ok time tu, tempat aku blajaq dekat ja ngn umah aku..20minit da sampai umah...so aku tep2x minggu balik umah .....kalo kat tempat aku ,kamis malam jumaat memang malam untuk mat-mat rempit beraksi tunjuk skill masing2x...habaq ja wikang,willy,scorpi0n style,superman,batman,keluang man suma ada.....aku apa lagi,time tu darah muda,kira nak syok ja...tak kesah dah..nak kena tangkap ka,nak kena saman ka,nak eksiden ka,tu semua belakang creta...jiwa mat rempit kot masa tu...panasssss...weng weng weng.....

Tapi,aku ni tak bat la aksi2x macam tu...aku hanya jadi penyorak,pembakaq kasi org panas ja...bukan pa...sebab dulu masa aku bat aksi2x ngeri ni,sampai jatuh dalam parit....start ari tu aku decide ...tgk aksi memba2x aku ja....

Apa yang best bila merempit??? ni dia aku habaq:

1)   Lari bila polis mai,pasai pa best..time ni la syok dok buli polis..huhu (sori polis2x aku jahat 
      dulu :) )
2)  Boley jumpa aweks rempit....fuyoooo,mantop tu...tapi aku tengok ja la kawan aku ngerek.
3)  Boley ronda town ramai-ramai...kalau dekat tempat aku malam minggu boley cecah 100 bijik      
     moto la  meriah oiiii........
4)  Boley lihat aksi panas dari mat rempit ngn minah rempit.
5) Boley tgk mcm2x jenis moto yg telah diubahsuai...ada yg barai,rompong,eksos macam 
     serombong kapai pun ada......
6) Jalan raya kami yang punya da....

Apa yang tak best bila merempit

1) Kena tangkap ngan polis....keluarga tak mau jamin.......
    dok tidoq dalam hotel besi la....huhu



Tetapi semua tu hanya tinggal kenangan pada diri aku tuk aku ceritakan kat anak-anak cucu aku insyaallah.....Kini aku sudah insaf (insaf ke???)........malas dah nak layan mat-mat motor ni...kadang-kadang tu,memang la seronok,tak tau yg mak dok risau kat rumah...mana la anak aku ni tak balik2x lagi...hehehe......

Akhir kata "Katakan tak nak pada Merempit"


Jom kita layan lagu ini 



Advertisement