skip to main |
skip to sidebar
Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan, Yemen
ALGIERS 12 Feb. – Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.
Kira-kira 2,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.
Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.
Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.
Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera. – Agensi
2 comments:
jgn merebak sampi ke malaysia udah..
insyaalllah.............
Post a Comment