Pages

Advertisement

Sunday, February 27, 2011

Lelaki 39 isteri

RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.


ZIONA Chana adalah ketua kepada keluarga terbesar di dunia — dan dia berasa hidupnya ‘sangat diberkati’ kerana mempunyai 39 isteri.Chana turut mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 bilik, dibina di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.

Chana, 66, memberitahu akhbar The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia mengurniakan saya begitu ramai insan untuk saya lindungi.




LUAS... ruang dalam kediaman empat tingkat keluarga Chana, ‘Chhuanthar Run’ (rumah generasi baru).




BESAR... kediaman Chana di kawasan berbukit Desa Baktwang mempunyai 100 bilik.

BANYAK... isteri Chana menunjukkan sejumlah besar bahan mentah diperlukan untuk masakan hidangan makan malam keluarga itu.

“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah kerana menjadi suami kepada 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diuruskan dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti membasuh, memasak dan mengemas rumah.

Zathiangi, 69, bertanggungjawab membahagi-bahagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.

Setiap hari ada longgokan baju setinggi gunung menanti untuk dibasuh — dan semuanya perlu dibasuh dengan tangan

Penyediaan makan malam pula memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi ketua keluarga, Chana adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan.

Chana yang dipanggil ‘Ka pa’ atau bapa oleh keluarganya mengahwini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin kepada fahaman Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Fahaman yang mendapat nama daripada datuk Chana iaitu Challian Chana itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan berkahwin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah cabaran yang berat buat bapa.

“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap masa, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk berkahwin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana membahagi-bahagikan masanya bersama semua 39 isterinya — dia berkahwin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengahwini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di katil besar, manakala semua isterinya perlu berkongsi di dalam satu bilik tidur seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur berhampiran bilik tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan masa bersama Chana di bilik tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang daripada isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling kacak di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengahwininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara semua ahli keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti daripada mencari isteri baru untuk dikahwini.

“Bagi meluaskan fahaman kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Syarikat sekalipun untuk berkahwin,” katanya.

Anak lelaki sulong Chana, Parliana, 50, berkata bapanya berkahwin dengan ramai wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikahwini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut fahaman Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan menyokong tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak perkara untuk menjadi pemimpin Chana.

Buat masa ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.

http://www.hmetro.com.my/articles/Keluargaterbesar/Article/artikelMA

14 comments:

Nadiah said...

omaigod !!
yang penting adil .

Unknown said...

Hehhhh...cayalahh...kat China pun boleh berbini ramai...dasat gak tuee...

Keyyah said...

uik boley lak cm 2....

Unknown said...

@NAD_YA

aah...betol tu...adil dan saksama :)baru idup poligami bahagia

Unknown said...

@Yastro

hahaha..tu la aku pun baru tau..pelik2x

Unknown said...

@Keyyah

boley...dah agama dia kata boley...kita tak ley la...4 je la maximum... :)

KNS said...

0.0 hebat hebat...
tak sanggop nye nk berkongsi sebegini
T_T wuuu tak sanggop

Unknown said...

@Nasuha Salleh


huhu...tau tak pa.. :)

Redbloodsnow said...

poligami nih yg penting nya adalah ADIL. if tak adil...tak yah lah nk gatal bini byk..hehe :P

Unknown said...

@Redbloodsnow
betol tu redblood...kalo nak poligami ni kena la adil dan saling bertolak ansur sesama madu..
so bila dah camtu baru idup ini aman,damai,dan bahagia.. :)

Nik said...

omak aihhh..ramainya bini dia.kagum2.

Unknown said...

@nik rosmawati

tu la...saya pun kagum...bukan 3 org...tapi 39 org....huhu

Nadiah said...

@:: N.O N.I.C.K.N.A.M.E ::
but one is better :)

Unknown said...

@NAD_YA

yup...better is one...
ramai2x tak larat nak jaga.. :)

Advertisement