Pages

Advertisement

Thursday, December 27, 2012

TPC Penang History

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Teringat kembali kenangan semasa berkerja sebagai Process Tech di TPC(M) Sdn Bhd,Penang.Masa ini umur aku baru 22 tahun.Fresh graduate dari Polimas.Ini adalah kilang kedua yang aku bekerja selepas kilang pertama Fuji Electric Kulim Kedah.Aku berkerja di sini bermula tahun 2008,dan aku sempat bekerja di sana selama 1 tahun.Dek kerana ekonomi dunia meruncing,aku dan rakan-rakanku terkena tempiasnya.Maklum la kilang TPC ini sebuah kilang semiconductor yang produce multilayer ceramic capacitor.So,kami ditawarkan VSS (voluntary separation scheme) yang mana kami diberi saguhati/pampasan yang dikira berdasarkan selama mana kami berkhidmat.Alhamdulillah dengan duit itulah aku guna untuk aku sambung degree.Alhamdulillah sekarang aku dah mendapat segulung Ijazah.


aku dan rakan-rakanku.


Sempat posing bersama operator lagi

Posing lagi

Apit (posing menggoda)

Model Product.




Desi,awek indonesia ni...haha

Posing maut....


Dari kiri,Pak Aq,aku,apit.farid.hani
Duduk: Kuga (Team Leader)

Banyak pengalaman yang aku dapat time aku bekerja disini,nasihat-nasihat daripada rakan-rakan,team leader,engineer,superviser akan aku guna untung mengharungi kehidupan aku.Tanpa mereka,mungkin aku tidak menjadi apa yang aku jadi sekarang.

Sekian
Wasalam.

Wednesday, December 26, 2012

Last Year Vacation-Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Teringat kembali kenangan semasa last year dekat Universiti,walaupun baru berapa bulan grad sudah rindu saat-saat time belajar dulu.So,untuk mengubati kerinduan dilubok hati ini,aku decide nak start balik berblogging setelah 6 bulan aku berenti,biasa la aku buat blog ini suka-suka saja.Kira blog inilah tempat aku meluahkan perasaan yang terbuku dilubok-lubok hati kecil ini.

Dek kerana rindu,aku buka tengok balik gambar-gambar lama masa time study dulu.Then terjumpa gambar last year vacation kelas aku ke Pulau Langkawi Kedah selama 5 hari 4 malam.Maka terjadilah tulisan ini.Ok,jum kenang balik vacation ini kengkawan....

Buat pengetahuan planning hendak pergi vacation ini dirancang agar kenangan bersama ketika study akan diingati sehingga akhir hayat.Jadi rancangan dengan teliti dibuat agar vacation nanti 'Sukses' dan Mantop.Yang join vacation hari tu dianggarkan seramai 15 orang.Semua lelaki tak de 'Aweks-Aweks'.Maka,perjalanan dari Melaka-Pulau Langkawi pun bermula seawal jam 6 pagi dengan menaiki bas dari Melaka Sentral ke LCCT.Planning awal hendak naik keretapi dari Melaka-Kuala Perlis tetapi planning kami diubah atas faktor masa kami decide nak flight KL-Pulau Langkawi then time balik kami balik dengan keretapi dari Arau-KL.


Melaka Sentral sebelum bertolak ke LCCT
Perjalanan menaiki bas dari Melaka Sentral- LCCT mengambil masa dalam 1 jam lebih.Time dalam bas semua pakat-pakat tidur sebab nak kumpul tenaga bila sampai kat Langkawi nanti.
Posing dahulu sebelum naik Flight.

Setelah 45 minit merentas KL --->Selangor --->Perak ---->Kami Sampai ke Pulau Langkawi.Yeehaaaa....Vacation bermula.
Sempat posing lagi tu Azam ngn Hermas


Aktiviti Hari Pertama:

Setelah sampai di Lapangan Terbang Padang Maksirat,Langkawi kami terus jumpa brother kereta sewa .Then kami amik sebuah kereta proton wira dan Van Toyota Hiace yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.Tempat pertama yang kami lawati adalah kedai cigar...hahaha...diorang kata sebab apa nak datang langkawi sebab barang murah dan terutamanya rokok dan coklat.lols...After that kami balik check-in di Joe Motel bersebelahan dengan Underwater World Langkawi.Bayaran untuk sewa sehari adalah RM10/per-day/per-person.Murahkan??,kredit kepada Big@Ir Saiful yang book untuk kami semua.
Sekitar Pekan Kuah
Aktiviti Hari Kedua:

Disebabkan aktiviti kami tidak dirancang,hanya book tiket bas,flight,motel dan tiket keretapi kami mengambil jalan mudah.Perbincangan sesama kami untuk aktiviti hari pertama adalah Island Hopping yakni 'Pengembaraan dari sebuah pulau ke pulau' di Tanjung Rhu.

Ayah bob dok Posing tu.

Gua Kelawar

Hanip badan ketoi2x....




Kasi ikan makan.
Aktiviti Hari Ketiga:Aktiviti Darat.

Setelah penat meronda pulau ke pulau pada hari kedua,kami decide untuk berjalan ke pekan dan tempat-tempat menarik.Antara tempat yang kami lawati adalah Dataran Helang,Beras Terbakar,Makam mahsuri,Kabel Car,Tempat pembuatan minyak gamat dan banyak lagi.








Kusyuk mendengar ceramah dari ketua rombongan (big-berbaju harimau malaya)

sekitar makam mahsuri
sekitar makam mahsuri

sekitar makam mahsuri

Aktiviti Hari Ke-4 :

Aktiviti Laut

Hari keempat kami decide pergi Island Hopping sekali lagi disebabkan tidak puas masa pergi hari kedua.Lokasi kali ini adalah Pulau Dayang Bunting,Snokling dan Pantai Pasir Panjang.
Pulau Dayang bunting

Pulau Dayang bunting

Snokling time.ada ikan ka???

Snokling time.ada ikan ka???
Hari Ke-5

Hari kelima adalah hari terakhir kami di Pulau Langkawi.Sebelum pulang kami sempat bershopping di Pekan Kuah.Tak lengkap rasanya kalo tidak bawa balik buah tangan untuk rakan-rakan sekelas.Setelah selesai bershopping kami terus gerak ke Jeti Kuah untung pulang.Kami menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Perlis.Sampai sahaja di Kuala perlis,kami terus mengambil teksi untuk ke Stesen Keretapi Arau.Keretapi bergerak pukul 7 malam dan kami sampai di KL Sentral pukul 5 pagi.Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Melaka dengan menaiki bas dan kami sampai di Melaka sekitar pukul 10 pagi.


Posing depan Underwater World Langkawi

Posing depan Underwater World Langkawi


Barang-barang yg sempat dibeli.Paan paling byk shopping.

Excited nak nak keretapi
Perjalanan ini memberi seribu kenangan yang akan tidak aku lupakan sehingga hujung nyawa aku.Pengalaman berjalan ditempat orang,setidak-tidaknya dapat memberi pengalaman yang berguna didalam hidup aku.Namun kini, semua sudah bekerjaya dan membawa haluan masing-masing.InsyaAllah kalau ada rezeki  kita buat lagi.

Sekian,
Wasalam.

Aku dan Segulung Ijazah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah lama tidak meng'Update' blog ini,terasa berhabuk,bersawang sana sini.Al-maklum la sibuk.Dulu sibuk dengan study,tapi sekarang aku dah grad dan menerima segulung Ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik.Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi,Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ibuku yang banyak memberi nasihat,dorongan kepadaku sehingga aku dapat menggenggam sehelai kertas yang bernama 'Ijazah Sarjana Muda'.Tidak dilupa kepada abang-abangku,kakakku serta sahabat sekelas aku yang banyak membantu aku didalam menghabiskan masa 3 tahun sebagai mahasiswa di IPT tempatan diselatan tanah air.

Akulah yang sorang-sorang lompat tu,orang lain tak lompat pun...lolss


Aku macam tak percaya aku dah mempunyai segulung ijazah,mana taknya dulu semasa habis diploma aku dah bertekat tak mahu sambung degree dah,tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanyaAku nak kata power dalam elektronik tu tak da la,biasa-biasa saja.Nak kata pointer power tak juga,biasa-biasa saja.Kini aku sudah bekerja di sebuah kilang yang terletak di negeri Pulau Pinang Alhamdulillah....

Sekian
Wasalam.

7 Sebab Kenapa Tak Boleh Letak Gambar Sebenar Di Facebook





Ada antara kengkawan di MUKABUKU atau nama feymesnya FACEBOOK tak menggunakan gambar beliau yang sebenar.Dorang akan letak gambar haiwan ternakan,pokok di kebun,kartun artis atau kereta yang bukan kereta diorang pun.Kenapa? Ada sebabnya...Sama-sama kita baca.
  1. Sebab...Bila korang letak je gambar sendiri.Dari 1,000 friends terus jadi 1 friend.Sape   suh amik gambar mulut muncung2.
  2. Sebab...Kawan-kawan tanya korang "Dapat kat mana gambar hantu tu?Nampak real lah".Jadi korang pun bengang.
  3. Sebab..Ada jugak insan yang ragu-ragu dengan mengatakan,"Ko edit dah gambar tu kan?Takkan cantik camni kot~".Menyampah terasa~~
  4. Sebab...Nanti lebih sebulan dua jugak korang takkan di-add dek kerana profile picture yang terlanjur menawan tuh.
  5. Sebab...Setiap kali korang chat,sorang pun takkan balas.Kalau nak balas pun balas 'OK' atau 'KO' jer.
  6. Sebab...Nanti mesti ramai yang curi gambar korang.Bukan sebab cantik ke hensem ke.Diorang post kat wall diorang sambil tulis caption *muka sape la yang buruk sangat ni.sape setuju cer like*
  7. Sebab...Korang kelak akan menerima chat yang bertalu-talu dari kengkawan FB.Bukan sebab feymes,tapi diorang bagi kata dua.Nak kena block or tukar profile picture

Advertisement