Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Teringat kembali kenangan semasa last year dekat Universiti,walaupun baru berapa bulan grad sudah rindu saat-saat time belajar dulu.So,untuk mengubati kerinduan dilubok hati ini,aku decide nak start balik berblogging setelah 6 bulan aku berenti,biasa la aku buat blog ini suka-suka saja.Kira blog inilah tempat aku meluahkan perasaan yang terbuku dilubok-lubok hati kecil ini.
Dek kerana rindu,aku buka tengok balik gambar-gambar lama masa time study dulu.Then terjumpa gambar last year vacation kelas aku ke Pulau Langkawi Kedah selama 5 hari 4 malam.Maka terjadilah tulisan ini.Ok,jum kenang balik vacation ini kengkawan....
Buat pengetahuan planning hendak pergi vacation ini dirancang agar kenangan bersama ketika study akan diingati sehingga akhir hayat.Jadi rancangan dengan teliti dibuat agar vacation nanti 'Sukses' dan Mantop.Yang join vacation hari tu dianggarkan seramai 15 orang.Semua lelaki tak de 'Aweks-Aweks'.Maka,perjalanan dari Melaka-Pulau Langkawi pun bermula seawal jam 6 pagi dengan menaiki bas dari Melaka Sentral ke LCCT.Planning awal hendak naik keretapi dari Melaka-Kuala Perlis tetapi planning kami diubah atas faktor masa kami decide nak flight KL-Pulau Langkawi then time balik kami balik dengan keretapi dari Arau-KL.
|
Melaka Sentral sebelum bertolak ke LCCT |
Perjalanan menaiki bas dari Melaka Sentral- LCCT mengambil masa dalam 1 jam lebih.Time dalam bas semua pakat-pakat tidur sebab nak kumpul tenaga bila sampai kat Langkawi nanti.
|
Posing dahulu sebelum naik Flight. |
|
Setelah 45 minit merentas KL --->Selangor --->Perak ---->Kami Sampai ke Pulau Langkawi.Yeehaaaa....Vacation bermula. |
|
Sempat posing lagi tu Azam ngn Hermas
|
Aktiviti Hari Pertama:
Setelah sampai di Lapangan Terbang Padang Maksirat,Langkawi kami terus jumpa brother kereta sewa .Then kami amik sebuah kereta proton wira dan Van Toyota Hiace yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.Tempat pertama yang kami lawati adalah kedai cigar...hahaha...diorang kata sebab apa nak datang langkawi sebab barang murah dan terutamanya rokok dan coklat.lols...After that kami balik check-in di Joe Motel bersebelahan dengan Underwater World Langkawi.Bayaran untuk sewa sehari adalah RM10/per-day/per-person.Murahkan??,kredit kepada Big@Ir Saiful yang book untuk kami semua.
|
Sekitar Pekan Kuah |
Aktiviti Hari Kedua:
Disebabkan aktiviti kami tidak dirancang,hanya book tiket bas,flight,motel dan tiket keretapi kami mengambil jalan mudah.Perbincangan sesama kami untuk aktiviti hari pertama adalah Island Hopping yakni 'Pengembaraan dari sebuah pulau ke pulau' di Tanjung Rhu.
|
Ayah bob dok Posing tu. |
|
Gua Kelawar |
|
Hanip badan ketoi2x.... |
|
Kasi ikan makan. |
Aktiviti Hari Ketiga:Aktiviti Darat.
Setelah penat meronda pulau ke pulau pada hari kedua,kami decide untuk berjalan ke pekan dan tempat-tempat menarik.Antara tempat yang kami lawati adalah Dataran Helang,Beras Terbakar,Makam mahsuri,Kabel Car,Tempat pembuatan minyak gamat dan banyak lagi.
|
Kusyuk mendengar ceramah dari ketua rombongan (big-berbaju harimau malaya) |
|
sekitar makam mahsuri |
|
sekitar makam mahsuri |
|
sekitar makam mahsuri |
Aktiviti Hari Ke-4 :
Aktiviti Laut
Hari keempat kami decide pergi Island Hopping sekali lagi disebabkan tidak puas masa pergi hari kedua.Lokasi kali ini adalah Pulau Dayang Bunting,Snokling dan Pantai Pasir Panjang.
|
Pulau Dayang bunting |
|
Pulau Dayang bunting |
|
Snokling time.ada ikan ka??? |
|
Snokling time.ada ikan ka??? |
Hari Ke-5
Hari kelima adalah hari terakhir kami di Pulau Langkawi.Sebelum pulang kami sempat bershopping di Pekan Kuah.Tak lengkap rasanya kalo tidak bawa balik buah tangan untuk rakan-rakan sekelas.Setelah selesai bershopping kami terus gerak ke Jeti Kuah untung pulang.Kami menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Perlis.Sampai sahaja di Kuala perlis,kami terus mengambil teksi untuk ke Stesen Keretapi Arau.Keretapi bergerak pukul 7 malam dan kami sampai di KL Sentral pukul 5 pagi.Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Melaka dengan menaiki bas dan kami sampai di Melaka sekitar pukul 10 pagi.
|
Posing depan Underwater World Langkawi |
|
Posing depan Underwater World Langkawi |
|
Barang-barang yg sempat dibeli.Paan paling byk shopping. |
|
Excited nak nak keretapi |
Perjalanan ini memberi seribu kenangan yang akan tidak aku lupakan sehingga hujung nyawa aku.Pengalaman berjalan ditempat orang,setidak-tidaknya dapat memberi pengalaman yang berguna didalam hidup aku.Namun kini, semua sudah bekerjaya dan membawa haluan masing-masing.InsyaAllah kalau ada rezeki kita buat lagi.
Sekian,
Wasalam.
0 comments:
Post a Comment