Pages

Advertisement

Friday, September 2, 2011

Majlis Jejak Kenangan Ke-3


  
                                                               Bergambar kenang-kenangan bersama Pengetua


Assalamualaikum..


Alhamdulillah bersyukur kehadat ilahi dengan limpah kurnianya Majlis Jejak Kenangan kali ke-3 telah diadakan dengan penuh jayanya petang tadi.Sejuta terima kasih diucapkan kepada Ahli jawatankuasa Badan Alumni Maktab Pengajian Islam Kedah (BADAI) kerana bertungkus lumus menjayakan majlis kali ini.

Majlis kali ini dianggap berjaya kerana dapat mengumpulkan hampir 100 orang bekas-bekas guru serta pelajar mulai dari tahun 1989 sehingga tahun 2011.Program bermula tepat pukul 3 petang dengan ucapan dan kata-kata aluan dari Pengerusi majlis diikuti dengan pengerusi tetap Majlis jejak kenangan saudara Zulhairi.

Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua Datuk Paduka Muhammad Baderuddin Haji Ahmad.Dalam ucapan beliau,beliau menyingkap kembali zaman-zaman ketika pembukaan semula MPIK pada tahun 1987.Pelbagai pengalaman pahit manis diceritakan beliau.Antaranya ketika kerajaan pusat melakukan penarikan dana RM30 ribu setahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) diseluruh negara.Namum,Alhamdulilah dengan berkat Allah SWT semuanya dapat diatasi dengan jayanya.Satu perkara yang juga disentuh oleh Tuan Pengetua dalam ucapannya adalah berkenaan rasa berbangga dan gembira dengan sambutan yang setiap tahun semakin meningkat jumlah kehadiran bekas-bekas pelajar.

Selain itu,Tuan Pengetua juga melancarkan "Sijil Dana Pembangunan",yang mana sijil ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk membangunkan blok sekolah,asrama serta dewan makan.Kos yang dianggarkan adalah RM1.2 juta.Sekiranya ada diantara bekas-bekas pelajar yang ingin menderma bolehlah dimasukkan ke

  • Akaun(Maybank) :552068010801
  • Nama :Tabung Pembangunan MPIK
  • Tel:04-9252211
  • Faks:04-9255233


Kini MPIK,tempat kita menimba ilmu suatu ketika dahulu masih lagi berdiri megah,manakala guru-guru  dengan penuh semangat mendidik anak-anak bangsa tanpa rasa jemu agar menjadi insan berguna dan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Terlalu banyak kenangan pahit dan manis kita lalui semasa menuntut disana,namun dari pengalaman pahit itulah yang menjadikan kita semakin matang dan bijak dalam membuat sebarang keputusan.

Akhir sekali,dengan adanya Majlis Jejak Kenangan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan sillaturrahim antara rakan dan guru.

Sunday, August 28, 2011

IPhone 5 (Gila kentang)



Assalamualaikum...

Malam ini aku dok sok sek sok sek tenet terjumpa ini kat you tube...pergghh gila kentang canggih.....Iphone 5..terbaek dari ladang Apple.Design kali ini lebih 20 kali ganda canggih dari iPhone 4 pada pandangan aku.
Antara 3 kelebihan Iphone 5 ini adalah:

  1. Design yang tersangat la nipis...(Ultra Thin Design)
  2. Leser Keyboard (Sudah macam komputer dah aku tengok)
  3. Holografic Display(boley tgk bola ramai-ramai kalo macam ni!!!)

Dengar kabar gajet terbaru ini akan direlease kat UK pada 7 septemper 2011 ini.Tapi bila la erk hendak sampai Malaysia...kepada peminat dan pengikut jenama gajet ciptaan Apple ini tunggu kemunculannya di Malaysia..Buat masa ini layan je la video kat bawah ini...enjoy ~ ~ !!!


                        
                             

Sunday, August 21, 2011

Kenangan Ramadhan



Assalamaalaikum...

Bulan Ramadhan datang lagi,lebih kurang seminggu lagi Ramadhan sekali lagi akan meninggalkan kita semua,maka muncullah Syawal yakni hari meraikan kejayaan umat Islam berpuasa selama sebulan.Bulan puasa ini aku teringat kenangan puasa beberapa tahun yang lepas.Dulu masa arwah Tok Wan aku masih ada, bulan puasa ini memang meriah sangat.Kami sekeluarga akan berhimpun beramai-ramai untuk berbuka puasa.Aku sekeluarga,Mak Lang & Pak Lang sekeluarga,Pak su & Mak Su sekeluarga,Mak Ngah & Pak Ngah sekeluarga semua berbuka puasa bersama-sama.Memang best la kalau bila lama dah tak berjumpa,so  bila berjumpa.....banyak perkara yan dibualkan.

Tapi itu dulu....kini sekarang semua sibuk dengan kerja & komitmen masing-masing,majlis berbuka puasa beramai-ramai seperti dulu sudah tidak ada lagi.InsyaAllah bila aku sudah kerja nanti aku akan hidupkan kembali majlis berbuka puasa beramai-ramai agar dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama keluarga-keluarga aku.


Jum layan TV kejap..malam ini nak balik Penang dah...esok ada majlis berbuka puasa anjuran Opis tempat aku praktikal.Berbuka kat hotel tu....makan free sapa tak mau...

Ramadhan,Mercun,aku & kanak-kanak


Assalamuaalaikum...

What up??? hehehehe...Alhamdullilah hari dah masak hari ke-21 Ramadhan erk...kejap bebenaq dah  nak raya .Baru je start puasa,hangpa pun tau boleh dikatakan tiap kali raya, ada je budak putus jari la,hilang jari la,buta mata la (kan dah jadi pirates dek kerana tak dengaq cakap mak la ni).

Pagi tadi lepas saja aku bersahur online la kejap tengok update terbaru kat MukaBuku(FB),blog aku ini, lepak blog member-member aku,masuk kuar forum-forum aku selalu lepak,tengok muvie apa yang sudah boleh donlot.Dan yang menariknya aku jumpa ini dia gambaq kat bawah ini.....

Main mercun punya pasai.......

Haaaa...ini la gara-gara seronok terlebih main mercun..doyai...aku pun dulu main mercun jugak.Dulu masa  sebulan nak start puasa aku sudah mula menabung duit untuk beli mercun.Hendak mintak duit dekat my mom kompom2x tak dapat punya.....So aku mengambil initiatif sendiri menabung duit dari duit-duit yang my mom  kasi untuk belanja kat sekolah..huhu...Dulu mercun yang selalu aku beli mesti la mercun papan,bola,ketupat,bunga api (ini stok untuk anak buah aku) dan mercun roket.

Mercun bola dulu aku beli bukan main sebijik-sebijik macam tu...tapi aku dengan membe-membe aku ini amik belerang dalam mercun tu,then kami convert buat mercun BOMM!!....sebijik mercun BOMM!! =20 biji mercun bola....dasyaat......ini kalo kena tangan la,bukan setakat jari ja hilang,sekali tangan terus hilang maa.....Tu dulu punya cerita,seronok kalo diingatkan kembali zaman-zaman aku meningkat dewasa.ok aku blah dulu....nanti story lagi....



Advertisement