Pages

Advertisement

Friday, September 2, 2011

Majlis Jejak Kenangan Ke-3


  
                                                               Bergambar kenang-kenangan bersama Pengetua


Assalamualaikum..


Alhamdulillah bersyukur kehadat ilahi dengan limpah kurnianya Majlis Jejak Kenangan kali ke-3 telah diadakan dengan penuh jayanya petang tadi.Sejuta terima kasih diucapkan kepada Ahli jawatankuasa Badan Alumni Maktab Pengajian Islam Kedah (BADAI) kerana bertungkus lumus menjayakan majlis kali ini.

Majlis kali ini dianggap berjaya kerana dapat mengumpulkan hampir 100 orang bekas-bekas guru serta pelajar mulai dari tahun 1989 sehingga tahun 2011.Program bermula tepat pukul 3 petang dengan ucapan dan kata-kata aluan dari Pengerusi majlis diikuti dengan pengerusi tetap Majlis jejak kenangan saudara Zulhairi.

Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua Datuk Paduka Muhammad Baderuddin Haji Ahmad.Dalam ucapan beliau,beliau menyingkap kembali zaman-zaman ketika pembukaan semula MPIK pada tahun 1987.Pelbagai pengalaman pahit manis diceritakan beliau.Antaranya ketika kerajaan pusat melakukan penarikan dana RM30 ribu setahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) diseluruh negara.Namum,Alhamdulilah dengan berkat Allah SWT semuanya dapat diatasi dengan jayanya.Satu perkara yang juga disentuh oleh Tuan Pengetua dalam ucapannya adalah berkenaan rasa berbangga dan gembira dengan sambutan yang setiap tahun semakin meningkat jumlah kehadiran bekas-bekas pelajar.

Selain itu,Tuan Pengetua juga melancarkan "Sijil Dana Pembangunan",yang mana sijil ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk membangunkan blok sekolah,asrama serta dewan makan.Kos yang dianggarkan adalah RM1.2 juta.Sekiranya ada diantara bekas-bekas pelajar yang ingin menderma bolehlah dimasukkan ke

  • Akaun(Maybank) :552068010801
  • Nama :Tabung Pembangunan MPIK
  • Tel:04-9252211
  • Faks:04-9255233


Kini MPIK,tempat kita menimba ilmu suatu ketika dahulu masih lagi berdiri megah,manakala guru-guru  dengan penuh semangat mendidik anak-anak bangsa tanpa rasa jemu agar menjadi insan berguna dan berbakti kepada agama,bangsa dan negara.Terlalu banyak kenangan pahit dan manis kita lalui semasa menuntut disana,namun dari pengalaman pahit itulah yang menjadikan kita semakin matang dan bijak dalam membuat sebarang keputusan.

Akhir sekali,dengan adanya Majlis Jejak Kenangan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan sillaturrahim antara rakan dan guru.

0 comments:

Advertisement