Hantu Kak Limah Betul-Betul Wujud??
MARANG – Berambut
panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak
hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus
fenomena dalam dunia perfileman negara.
Kak Limah muncul di
Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan
Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu
lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu
dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di
situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah
seorang ahli keluarga terbabit.
Ketua keluarga, Mazlan
Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah
paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke
subuh, sebelum menghilangkan diri.
Hantu Kak Limah minta
tolong
Menurutnya, kesemua
lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara
berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga
pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip
air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.
“Boleh dikatakan setiap
hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah
semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta
tolong,” katanya.
Dua bulan sebelum ini,
katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia
membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.
Menurutnya, kepingan
papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau,
Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
Diganggu selepas bawa
balik papan
“Saya membawa pulang
beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu
gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami
sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan
itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti
bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa
hari lalu.
Bagaimanapun, kata Mohd
Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi
sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua
anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang
mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila
saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi
gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat
Hajat
Sementara itu, Sinar
Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata
memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.
Manakala, imam Mohamad
Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran
dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat
bersama penduduk setempat.
Berikutan itu, kesemua
keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau
mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani
gangguan tersebut.
Keluarga ini boleh
dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
0 comments:
Post a Comment