Lambang
Mirip Kalimah ALLAH
KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada
puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya
mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.
Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan
lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja
diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara
ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu
perlekehkan kalimah berkenaan.
“Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan
dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi
martabatnya.
“Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada
pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan
ia tidak harus berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk
memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil
serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.
“Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini
memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi
lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah
ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.
Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung
rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain
yang turut melihatnya.
“Walaupun tidak menye*rupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah
ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas
dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya.
“Saya harap pihak berkenaan pantau isu sebegini kerana percaya semua itu
ada muslihat tertentu,” katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-allah-1.14658
0 comments:
Post a Comment