Gambar hiasan |
Masak Kurma Mayat Suami
ISLAMABAD:
Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya
sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan
bukti.
Zainab
Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya,
Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari
perkahwinan pertamanya.
Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman
Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum
mencincang mayat mangsa.
Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu
bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.
Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap
kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh
wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami
saya sebelum dia menyentuh anak saya.” Kejadian mula terbongkar apabila tuan
rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu,
kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.
Dia naik untuk menegur wanita itu.
Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma
dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk
menghapuskan mayat suaminya.
Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di
rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun
lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.
Zainab dipetik sebagai berkata: “Sebaik dia mati, saya merasa
ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri
mayatnya selama sejam. “Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya
sebagai cara untuk menghindar bau busuk.” Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia
tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. “Saya
akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap,” katanya. - Agensi
Sumber:Metro
0 comments:
Post a Comment