Pages

Advertisement

Tuesday, November 29, 2011

Malaysia tersenarai 10 gol terbaik minggu ini!!!

Malaysia tersenarai 10 gol terbaik minggu ini!!!


Assalamualaikum...

Hari ini mood bola masih ada lagi dalam diri aku,itu yang aku asyik update entry aku pasal bola,bola,bola dan bola. So ari ni buka je FB ternampak ada sahabat alam maya aku "Share" satu link pasal bola.Terkejut juga tengok ada pemain Malaysia yang tersenarai didalam "Top 10 goal of the Week"  dan pemain Malaysia mendapat undian tertinggi ...Bangga siot..Mau tak bangga,senarai top goal tu datangnya dari kelab-kelab bola ternama seperti Barcelona,real betis dan banyak lagi la.Apapun tahniah kepada pemain malaysia ini.Di bawah adalah screen shot dari laman web http://www.101greatgoals.com




Senarai Top 10 goal of the week


Jumlah undian




                                  

                                                        Gol Nazmi nih... (world class)

Monday, November 28, 2011


Layakkah kita???


Assalamualaikum...

Tertarik dengan video bertajuk Ultras Malaya -Malaysia vs Bahrain  | The unstoppable 90 minutes tetap memberi sokongan padu kepada Malaysia semalam tatkala kalah kepada Bahrain semalam kat you tube sebentar tadi membuat aku ingin meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah peyokong Malaysia yang rata-ratanya akan menyokong pasukan Negara kebanggaan kita tatkala diambang kegemilangan kemenangan..Namun  apabila Malaysia diambang kekalahan,kejatuhan semua penyokong Malaysia bagaikan lupa dengan kemenangan yang pernah pasukan kita miliki.Adakah dengan hanya kekalahan yang melanda,menyebabkan kita lupa akan kemenangan yang mereka kecapi yang mana sekaligus membawa nama negara ke mata dunia??

So tanya kat diri masing-masing
Adakah kita akan menyokong negara kita ketika pasukan kita menang sahaja??
Adakah kita akan mencemuh mereke ketika mereka kalah???
Adakah kita akan berbangga pabila mereka menang sahaja??
Adakah kita sanggup melihat mereka (pemain bola) terasa tertekan dengan tomahan kita??
Adakah kita hanya pandai berkata-kata sahaja??

Letakkan diri anda kedalam diri pemain-pemain pasukan Malaysia seketika.Adakah anda mahu diri anda dihina,ditomah oleh penyokong setia anda,padahal anda telah melakukan yang terbaik.So ingatlah tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan.

Ok la dah puaih aku luah..huhu
La ni jum pi layan video kat bawah ni...
Sokong tetap sokong (tak kira kalah ka menang)


Sunday, November 27, 2011



Rindu Pada Ibu




Terbaca kisah adik ni dalam internet…..mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia…..dia cuma budak berusia 4 tahun….


Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….


Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?


Note:

Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?

Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?

Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…

Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…

Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…

Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…

Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi.

Ya Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. KepadaMu jua aku meminta berikanku perlindungan


Panjangkan umurku Ya Allah, bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.

Berikanlah aku kekuatanMU Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah Ya Allah.

Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun .Maha SegalaNya.


Amin..


Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca



Gambar hiasan

Masak Kurma Mayat Suami


ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.
Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.

Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.
Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.

Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya.” Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.

Dia naik untuk menegur wanita itu.
Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.

Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.
Zainab dipetik sebagai berkata: “Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. “Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk.” Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. “Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap,” katanya. - Agensi

Sumber:Metro

Saturday, November 26, 2011



[Tahukah Anda] Fakta

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang
banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan
di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah
diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan
'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak
akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang
berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan
turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini
dapat

menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk
mengesahkan tiada no 8. kan ?

OK dah pegi buat keja....... 

Tuesday, November 22, 2011


Kata-Kata Pembakar Semangat Sebelum Berjuang


Assalamualaikum

Hari ini 22/11/11 merupakan hari yang ceria bagi seluruh rakyat Malaysia dek kerana semalam pada tanggal 21/11/11 pasukan Harimau Malaya (B23) berjaya membenam skuad Sang Garuda.Rata-rata tempat aku pergi hari ini semua menceritakan pasal bola,bola,bola dan bola.....Tetapi yang aku kesalkan satu je dekat penyokong Malaysia ni,kalo player Malaysia main baek dia sanjung,puji....kalo kat status FB tu siap letak nama player + love dua tiga ketoi + muaaah lagi tu....TATAPI!!! KALO PLAYER MALAYSIA MAIN KURENG PERFORM....alamatnya dimaki,sumpah seranah seluruh keturunan,macam-macam la perkataan tutttt...pun ada..(aku pun kekadang terOVER gak hihi)..Apapun kalo tengok tu tak puas hati...... pegi main sendiri....macam mana pegi!!!!! Lain kali kalo sokong Pasukan Malaysia ubah pulak cara komen masing-masing ok...Oklah...dah menyimpang jauh dah aku ni.Dibawah ini adalah kata-kata pembakar semangat dari Jurulatih Malaysia OKS kepada anak-anak buahnya sebelum turun berjuang...demi maruah Negara tercinta...




"MEREKA tak hormati kamu, tak hormat bendera kita, tak hormat raja kita dan mereka tak hormat ibubapa KAMU. Kalau KAMU benarkan ia (kekalahan) berlaku, maka KAMU adalah pengecut. Kamu mesti ajar mereka kehebatan seorang warganegara Malaysia."

"Kita kalahkan mereka bukan sekali tapi dua kali di ...hadapan jutaan penyokong setia mereka. Kita tunjukkan bagaimana melakukannya!"


INILAH KATA2 PEMBAKAR SEMANGAT SBLM BERJUANG

37 Fakta Menarik Mengenai Lelaki







1.Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat     terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2.Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3.Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan   soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4.Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur,   pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5.Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan   mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6.Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum   kepada mereka.

7.Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang   wanita.

8.Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki   mereka.

9.Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan   mereka.

10.Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini    menunjukkan mereka benar-benar serius.

11.Lelaki juga akan menangis.

12.Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini    adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13.Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk    bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian    dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14.Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15.Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16.Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe….    cuba lagi esok..’

17.Lelaki amat sayang ibu mereka.

18.Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin    memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19.Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20.Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum    mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21.Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22.Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23.Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain    terutamanya kawan lelaki.

24.Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya    hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25.Lelaki lebih banyak berfikir.

26.Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27.Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat    mereka.

28.Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah    bercinta melebihi 3 tahun.

29.Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30.Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang    kuat daripada kekasih mereka.

31.Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang    sepenuhnya. Ia amat penting.

32.Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33.Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan    anda.

34.Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang    belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35.Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua    walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36.Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk    kesalahan yang kedua.

37.Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Errrmmmm.... o_O.. Semua Diatas Ini Fakta Ker Atau Auta??

Ibu segala Pingat




Tahniah tahniah dan tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya (B23) kerana dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lepas di Laos

Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

Ini dia penyokong fanatik Harimau Malaya yang meraikan kemenangan skuad harimau Malaya yang membenam Sang Garuda diiringan Lagu INILAH BARISAN KITA.

Lokasi :Asri Rosmerah,Bukit Beruang Melaka


                                  

Thursday, November 17, 2011

Indonesia vs Malaysia ( 0-1) Sea Games 2011 Syahrul Azwari Goal



Sejuta tahniah diucapkan kepada pasukan U23 Malaysia kerana dapat membaham garuda.Hidupnya kembali zaman kegemilangan bola time dulu-dulu.huhu...Ni dia jaringan tunggal Harimau Malaya,sekaligus menutup mulut-mulut hingaq penyokong Indonesia...Proud to be Malaysia


                                   


Mari kita pakat-pakat layan lagu ni..semangat beb dengar lagu ni...

                                    

Wednesday, November 16, 2011



Hilangnya Nyawa Seorang Engineer



Assalamualaikum...



Post kali ini aku nak cerita pasal "Kalkulator saintifik".Apa itu kalkulator?? Tentu korang suma tau kan apa tu kalkulator.Buat yang tak tau tu ala benda tekan-tekan untuk buat kira-kira matematik tu.Buat student Engineering macam aku ini,kalkulator ni meme penting...bagaikan nyawa bak kata pepatah engineering student dengan kalkulator bagaikan aur dengan tebing la...saling memerlukan...benda ini kalo pergi kelas setiap hari wajib kena bawak la...kalau tak bawa bukan engineering student namanyerr...


Nak dijadikan cerita tup tup....benda ini HILANG!!!!!!!....aku dah hilang arah,bagaikan ibu kehilangan anaknya...cari merata tempat tak jumpa-jumpa ..nak-nak esok plak ada test...dammm....jemm terus tak ley nak study....nasibla ada "Sidia" yang sudi meminjamkan kalkulator...terus semangat hendak study...huhu


Siap ada note lagi tu...

Monday, November 14, 2011

[Jiwang Mood]Hadiah Untuk sidia



Assalamualaikum...

Lama sudah rasanya aku tak update aku punya blog ni...kalo ada update pun hanya "copy and paste" je entri2x yang aku anggap menarik untuk dikongsi bersama kengkawan alam maya aku...bak kata pepatah omputih "Sharing is Caring".....

So,untuk segmen  dalam label "Kisah Hidupku" kali ini adalah bertajuk "Hadiah Untuk Si Dia" jeng jeng jeng.........siapakah dia??.Aku akui aku ni bukanlah lelaki yang romantik (statement gentle),tak pandai sgt nak kasi suprise....al maklum la aku ni kureng sikit berpengalaman dalam hal-hal cinta ini....

Nak dijadikan cerita  ada Pesta Konvo kat U aku ..so,aku ngn housemate aku pegi la jejalan sana tgk ada apa xtiviti kat sana....jalan jalan jalan dan terus berjalan...dari satu booth ke satu booth...panas terik,hujan peluh mencurah-curah sampai basah baju aku...tetiba.................jeng jeng jeng...aku jumpa ini.....so sweet.....sweet ke?? tu kena tanya si dia la.hihi
V
V
V
V
V
V
V
V
V

[Cuti -Citu Kodiang] Raya Korban


Assalamualaikum....

Bagi entri kali ini,aku akan menceritakan pasal kehidupan aku sepanjang cuti Hari Raya Qorban bagi tahun ini....Cuti........ itu yang dinantikan kepada pelajar macam aku ini hehe...bukan apa balik kampung ni best...boley tenangkan fikiran yang tengah serabut dengan Final Year Projek,test,kuiz,asement bla bla bla....Menci!!!!..Ini adalah aktiviti aku masa aku bercuti kat kampung halaman aku..hihi

Mesti la Hari Raya Qorban punya cerita...Gambar ini aku snap masa aku p tolong kat rumah Pengetua sekolah merangkap Mufti Negeri Kedah Darul Aman kebanggaan aku,maupun orang kampungku...Aku bersama geng2x aku ditugaskan untuk menetak (menakek) tulang belulang lembu.Pergh penat yang amat.,mau taknya tulang lembu ni macam besi pun ada jugak..Tapi aku berpuas hati walaupun penat.InsyaAllah kalo ada umur tahun depan aku pergi tolong lagi.


``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Daging hangus.hahahaha
Hari Raya Kedua pulak umah membe baik aku buat korban.Aku apa lagi serbu rumah dia pulak.Aku planning asal nak p tolong sembelih lembu,tapi dek kerana bangun pun dah pukul 10 pagi,pegi ja umah membe aku puih dah siap sembelih n lapah da..Gua apa lagi dah tak da keja nak dibuat....masak memasak la jadi keja aku...Nah ni dia hasil ayaq tangan bujang aku dan membe-membe aku..Tuuu diaaa baek punya.....

Perut lembu bakar....

Ulam ulaman...

Hahaha..Amacam anak-anak dara kat luar sana?? tercabar tak dengan penangan masakan orang-orang bujang macam kami ni??Kalo terasa tercabar...Moh majukan diri anda dalam bab-bab masak memasak ni sementara dok bujang..kalodah kawen tak pandai masak lagi...Alamatnya makan kedai la suami anda..hihi..


ok aku blah dulu...ada idea aku coret lagi tang ni..ok babai..
Salam..~~~~~

Advertisement