Pages

Advertisement

Sunday, July 31, 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Assalamualaikum....

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya kita masih lagi diberi nikmat oleh-Nya hidup,bernafas,melakukan kerja dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan diredhai-Nya.Sudah setahun berlalu,kini Ramadhan tiba lagi,tiba membawa sejuta keberkatan,sejuta kenikmatan yang tidak terhingga kepada hambanya untuk mengabdikan diri pada-Nya selama sebulan.InsyaAllah Ramadhan kali ini akan memberi kita suatu titik permulaan baru menginsafi diri kepada-Nya.

Seperti Ramadhan tahun-tahun dulu,bulan ini sesungguhnya bulan rezeki kepada semua peniaga-peniaga khususnya peniaga-peniaga bazar Ramadhan seluruh Malaysia Alhamdulillah.Dengan adanya bulan Ramadhan ini juga pelbagai juadah,hidangan berbuka puasa dijual disana.Tetapi diingatkan bahawasanya bulan ini juga dinasihatkan jangan terlalu membazir yakni membeli makanan secara berlebihan mengikut hawa nafsu.

InsyaAllah....marilah kita sama-sama melakukan ibadat dengan seikhlas hati masing-masing,kerana Ramadhan hadapan belum tentu kita akan temui.Disini saya menasihatkan diri saya yang serba dhaif ini dan rakan-rakan semua marilah kita melakukan ibadat sebanyak yang mungkin untuk dibawa mengadap Ilahi kelak.InsyaAllah.

P/S:kalo ada tersalah bahasa harap dinasihatkan,diperbetukan,ditegur...saya budak baru belajar...wasalam..

0 comments:

Advertisement