Assalamualaikun Dan Salam Sejahtera.
Cerita pasal hukum hudud mesti semua orang Islam tahu samaada secara khusus ataupun tidak.Mungkin korang semua tahu hukum hudud ni mybe dari pembacaan,dari pembelajaran,dari kengkawan,tok guru,cikgu dan sebagainya.Apa yang penting mesti korang tahu.kalo tak tahu tu rujuk sini
Hari ini NN macam biasa la rutin mingguan dihujung minggu basuh baju,kemas apa yang patut,kalo tiba hari sabtu je,bangun je pagi mesti kena setelkan kalo tak mesti malas.Apabila semua dah setel baru boley buka lappy.Buka je lappy terus ke Kosmo Online.baca punya baca ada satu tajuk yang menarik perhatian NN iaitu Wanita Aceh pengsan disebat.Terus hati ini terdetik,baguskan kalo hukuman macam ni dikuatkuasakan di Malaysia??? Apa pendapat korang??
Wanita Aceh pengsan disebat
BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat."Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi
Ok,kenapa NN kata berita ini menarik perhatian NN?? Antara sebabnya mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat atas kesalahan mengadakan hubungan sulit walaupun kedua-dua mereka telah berkahwin.Perkara ini betul-betul boleh membuatkan orang yang menyaksikan hukuman yang dijalankan ini takut ingin melakukan perbuatan yang telah dilakukan oleh si pesalah.Kalaulah negara tercinta kita ini menguatkuasakan hukuman sebegini Insyallah negara kita sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes hubungan sulit,rogol,liwat dan seangkatannya.Memang la susah hendak dilaksanakan,banyak perkara yang kena diambil kira,tapi kalau dikuatkuasakan sedikit demi sedikit InsyaAllah.......yang penting kita harus ingat ALLAH bersama kita.
P/S : Tulisan ini adalah luahan dari hatiku
1 comments:
Memang patut kalau Malaysia buat hukuman macam ni pada penzina tapi yg sedihnya nak kena hukum rotan psl arak pun,minta simpati,apa cer,huhu
Post a Comment