Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.
1. Pelembab
a. Kulit Normal

b. Kulit Kering

c. Kulit Berminyak
Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.
2. Tip untuk Solekan Natural & Segar
a. Persediaan Kulit Wajah
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Ikuti penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malahh ia tidak sesuai untuk kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.
b. Cerahkan Wajah
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukan berkilat kerana berminyak. Untuk kesan begini, sapukan ‘highlighter’di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.
c. Periksa Cela Wajah
Çoncealer’ berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.
d. Pilih Bedak yang Tepat
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘tranlucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. sapukan secara merata, lebih2 lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.
e. Bermain warna
Tampil dengan makep tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah.
Untuk mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang ‘glossy’
0 comments:
Post a Comment