Pages

Advertisement

Sunday, June 5, 2011

Kahwin....!!




As salam...

Salam hari Ahad semua....aku tak tau la nak buat ape petang-petang ini,nak tidor panas,nak kuar lepak awal lagi so apa lagi updates blog kesayangan je la..Hari ini aku nak cerita pasal Kahwin ( hihihi Gatai!!),korang pun semua tahu sekarang musim cuti sekolah so,time-time ini la si teruna dan si dara di seluruh Malaysia disatukan (kalau orang kampung aku kata sekarang ini kira musim mengawan la huhu ),maksud aku kahwin la,kalo dah kahwin mesti la ada kenduri.Kalau dah kenduri mesti la kita sebagai jiran atau qariah patut mesti wajib pergi tolong.Kang diorang kata "hendak hidup bermasyakat ke tak?? " kalau tak pergi tolong...

Aku baru saja balik dari tempat kenduri,meriah jugak pergi tempat kenduri tadi,ramai kengkawan sekolah  rendah n menengah aku jumpa kat sana,yang terkejutnya lama aku tak jumpa tup tup jumpa sudah kahwin,siap anak dua lagi...fuuuuyoooooo.....terbeak....so diorang ini apa lagi tanya la aku...."hang bila lagi??? takkkan tak dak calon kot.......??? ..Aku apa lagi senyum je la...then aku jawab : "nanti kenduri aku panggil la mai makan nasik minyak..sabaq sat........ngaji pun tak abih lagi......"

Kawan-kawan ramai dah kawin aku???,mybe InsyaAllah kalo murah rezki, sampai seru,ada jodoh tak kemana...Sapa tak mau kawin oiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!....


Tak kenal maka tak cinta



As salam....


Minggu pertama

    Aku menjalani praktikal di Echo Broadband Penang.Pada minggu pertama aku melapor diri kat sana pergghhh bosan sih....mau taknyer...dalam 3 hari diorang kasi aku baca pasal manual2x sofware,guidlines,baca slide,...macam2x la...dah macam dok kat Univ plak..dok baca mcm nak amik periksa.....sampai kekadang naik mengantuk dibuatnya...Tapi biasa la...minggu pertama orang kata minggu perkenalan kepada company.......takkan la diorang nak kasi bat keja terus...apa satu pun tak tau...Lepas 2,3 hari dok membaca,tiba masanya untuk melakukan latihan mengenai ape keja hendak kena buat..Untuk pengetahuan korang Echo Broadband ni dia punya keja bukan la dok buat berukban,tapi diorang ni syarikat yang diberi tugas untuk meng'updates' segala jenis lukisan paip gas,TNB kabel,RF kabel yang ada kat bawah tanah.So keja aku mesti la mengadap PC jela...lukis,lukis,lukis dan lukis....mcm Designer la plok...hahahaha...

Minggu Kedua...

Setelah diberi sedikit latihan menggunakan software.Kini sudah tiba masanya aku melakukan tugas sebenar...perasaan takut menyelubungi...Al maklum la...guna software pun tak cekap la diorang sudah suruh lukis..penin kepala jugak la dibuatnya...terdetik dalam hatiku macam nak tukar tempat praktikal saja.Bukan ape...dah la baru train seminggu disuruh buat kerja terus..memang pressure gila time tu.kan keja kena ada target,so kalo tak boley capai target kena marah.hehehe...tapi marah tu bersebab la nak kasi aku ni pandai sebenaqnya...huhu..

Minggu Ketiga

Minggu ke-3 ini aku bekerja shift pagi (7 pagi-4 ptg),bangun seawal pukul 5.30 pagi tuk mandi,fuuhh memang memerlukan pengorbanan cket la...yang oknya pergi keja pun jalan tak jammed,2 minggu sebelum ni keja opis hour tapi disebabkan masalah yang dihadapi so diorang decide kena masuk shift..Minggu ke-3 ni first day nak start dah bangun lambat (apa lagi ponteng la),kul 6.30 pagi kot...keja masuk kul 7 pagi,apa lagi kol supervisor la..pepagi cakap tak ley datang dek kerana hal peribadi,takkan nak cakap kata terbangun lambat kot...kang kena marah tak pasal..huhu (jahat erk aku ni tipu kata ada hal peribadi,padahal bangun lambat hahahahahaha).Sepanjang minggu ke-3 ni asyik sibuk je maklum la keja kian bertambah,tapi perghh bila dah lama keja rasa seronok plak bak kata pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA (CINTA KAH??),ye la kan dah TEROR cket guna software so nak buat keje pun makin senang  dan tak memerlukan masa yang lama  nak siapkan drawing untuk satu projek...kira dah macam senior la nih....(pergghh riak toi aku,padahal tak reti or teror sgt lagi)...

Minggu ke-4

Minggu ini kian menyusul, aku keja shift NOON (4.30 ptg-1.45 pg).Diorang kata keja shift noon ni best,ada elaun,bos tak da malam-malam,so ley la rilek sket..hahahaha...Tapi yang tak sedap dengar tu opis tu keras cket,tu la aku dok dengar dari senior aku la..seram bulu kaki den dengaq diorang dok cerita...huhu...harap-harap tak de la benda-benda tu...mintak simpang je la....

Cara Nabi jaga kesihatan diri



BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. 
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. 

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh 

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. 

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 

Aktif menjaga kebersihan 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 

Tidak pernah makan berlebihan 

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. 

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

Gemar berjalan kaki 

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. 

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. 

Tidak pemarah 

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. 

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah 
di hati. 

Optimis dan tidak putus asa 

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. 

Tidak pernah iri hati 

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” 

Pemaaf 

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. 

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Saturday, June 4, 2011

Ashtray Yang Paling Terbaek Didunia




As salam....

Sok sek sok sek tenet tadi jumpa benda ini...hahaha....ashtray terbaek dari ladang...direka khas tu perokok-perokok.Ada bran beli la satu....Kalau korang seorang penghisap rokok tegar korang pasti tahu benda paling annoying pasal ashtary ialah jika ianya terjatuh. Habis kotor lantai, karpet atau keyboard korang dengan debu. Nak kutip balik debu satu hal. Maka bagaimanakan nak pastikan debu dan puntung rokok tidak akan tumbah jika terjatuh?

Ini ialah Lilin Vizio yang dihasilkan oleh firma rekaan Flussocreativo. Ianya lilin berbentuk ashtray. Bila hisap rokok dan lilin bernyala, debu rokok akan jatuh dan sekaligus terperangkap didalam lilin yang cair. Puntung rokok juga akan terperangkap didalam lilin yang cair itu. Bila dah habis sap rokok matikan lilin . Lilin akan menyejuk dan kalau ashtary ini terjatuh debu tak akan bertaburan. Serius cool dan full of win!





Advertisement